Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Thursday, August 11, 2011

Puding Triffle

Salam, Lama tak update resepi kan? so hari ni nyer resepi ialah Triffle. Sebenarnya masa 29hb Julai haritu Opis Cik Arin ada buat majlis sambut ramadhan.. Jadi fikir punya fikir apa lah nak bawak sebagai sumbangan kan.. So akhirnya tekad lah nak buat triffle. Ramai kata sedap... Yaaaaa memang sedap.. sampaikan Cik Arin buat 2 balang satu untuk rumah satu untuk bawa ke pejabat.... dua-dua balang tuh Cik Arin just telan Air liur jer.. uhuhuhuh Licinnnnnnnnnnnnnnnnn (T_T)

Lapis Pertama- potong kek span jadi bentuk kiub dan atur di dalam mangkuk kaca telus pandang supaya boleh nampak lapis demi lapis agar dapat mengiurkan perasaan yang memandang. Kemudian tuang jem strawberry ke atasnya. (Untuk membuat jem, masak 25 biji strawberi ke dalam 4 cawan air gula yang manisnya mengikut citarasa masing-masing. Masukkan 2 sudu makan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk melikatkannya dan masukkan 2 sudu makan pes strawberi yang boleh didapati dari kedai jual barangan membuat kek.

Cik Guna Swiss Roll. Beli Jer Kat Tesco.. Selalu Pakai Vanila ni Dah Tak Ada Perisa So Guna Pandan and Coffee Jer





Lapis ke dua - Masak Castard 10 sudu castard dan 8 sudu gula dan susu.. masak hingga mendidih dan pekat kemudian tuangkan keatas kek.

Castard Di kacau dengan susu dan gula sedikit demi sedikit sebelum dikacau di atas api bagi mengelakkan berketul-ketul



Lapisan ke Tiga - Susun buah peach di atas lapisan castard tadi.. Susun sampai penuh.. dan Tuang konyaku jelly yang suhunya sudah suam-suam kuku.(Cara memasak konyaku jelly ada diterangkan di luar pembungkusnya bila anda beli dari kedai menjual barang kek.Cuma tambah pes strawberi kedalam jelly yang sedang dididihkan.

Lapisan ke tiga -Tabur buah-buahan tin jenama SPC


Lapisan ke empat - Tuangkan whipping cream yang telah diputar. Banyak whipping cream mengikut kesukaan anda. Taburkan kacang makadamia dan simpan dalam peti sejuk.

Dah siap dah Triffle.. 

Pandangan Atas

Pandangan dari tepi.. 3 lapis okek


^Terkilan^












No comments: