Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Wednesday, May 9, 2012

Sperm Vs Ovum (Tajuk jer 18sx isi BERSIH!!~)

"..Sperm can be million because to enter many ovum. But ovum can accept only one sperm in one time.."

Laju jer korang kalau tengok tajuk macam gini kan.. Apa korang expect ha??? tak de makna nya Hehehe.. peribahasa baru yang dicipta oleh Cik Arin, baru tercetus pagi tadi tau.. ha ha ha.. how critical mind i have.. even i can think by that way c(: Lucah ke? mana ada lucah.. this is fact bout science why should deny?
lainlah kalau Cik cakap something bad.. cuma istilah ni lebih nampak molek jika disebut dalam english words.. hahaha!!~  Cuba kalau di melayukan... Errkk... ok..

Ceritanya begini.. tadi pagi masa drive nak datang opis Cik macam biasa pagi-pagi macam ni kalau drive suka dengar HotFM. Sebab cik suka 4 orang tu diorang selalu buat cik gelak sorang-sorang dalam kereta.. hilang segala stress or kesedihan (Kalau ada lah..). Pergi office kenalah ceriakan.. walaupun 'mimpi ngeri' tadi malam.. c(: . So topik pagi ni tentang kajian terbaru 'Masih ada 2.5 juta rakyat Malaysia 25 tahun ke atas belum pernah berkahwin'. Belum PERNAH berkahwin ye.. yang dah pernah berkahwin tak di kira.. Macam-macam lah caller yang call.. Lepas tu macam biasalah ada jer orang-orang yang dah kawin neh nak bakar orang yang belum kahwin. Biasalah Si Farah tu kan mana kawin lagi even umur dah masuk 30. Tapi nak buat macam mana kan... Siapa yang taknak keinginan semua tuh.. Setiap manusia pasti ada naluri untuk berkongsi hidup dengan seseorang yang lain. Faktor Lelaki tak kawin adalah kerana kewangan, Tidak ada calon yang sesuai, dan 0% lelaki yang mengatakan lebih selesa hidup menyendiri. Bermakna lelaki tidak boleh tidak bersama wanita. Mean mereka harus berumah tangga. Cuma kekangan 'Kewangan' menyebabkan mereka tidak berumahtangga.. Tapi bila dah ada wang mereka kata tidak ada calon yang sesuai.. Choosy lah pulak kan.. So? Kuasa memilih masih lagi di tangan lelaki sebenarya. Walaupun sekarang orang kata perempuan harus mulakan dulu.. Tetapi rasanya macam kurang molek kan kalau asyik merayu lelaki.. Sebab hilang sifat asli perempuan tu iaitu 'Malu' dia. Apalah nilai seorang perempuan melainkan malu dia.. Memang ada dikalangan wanita yang choosy, termasuk cik sendiri. Cik mengaku cik memang choosy punya orang. bukan apa, perempuan ni memang hati nya diciptakan untuk menjadi seorang yang setia hanya kepada seorang lelaki sahaja. Tetapi lelaki tak. Sebab kalau lelaki ni diciptakan untuk menjadi setia macam perempuan maka tidaklah Allah menurunkan hukum lelaki boleh kawin lebih dari seorang. Allah Maha Bijaksana dalam penciptaan nya. Tetapi dia memberi ganjaran besar kepada wanita yang redha kelak. Thats why kalau perempuan yang mengharapkan kesetiaan dari seorang yang bernama lelaki anda mungkin tak akan dapat. Tapi kalau anda dapat kejujuran dan keikhlasan dia mencintai anda dan menerima anda seadanya anda adalah seorang yang bertuah.. *smiLe. 

Memang setiap penciptaan yang Allah buat pasti ada hikmah (tersurat) disebaliknya. Sama juga halnya sperm and ovum.. heheh. Kalaulah Sperm tu diciptakan 1 jer macam Ovum macam mana agaknya hehehe... dan kalaulah ovum can accept more than one sperms what will happen? Macam mana sifat Ovum macam tu lah sifat hati wanita. Bila hatinya telah tercuri oleh seorang lelaki, walau sepahit mana ujian dia bersama lelaki itu hatinya tetap milik lelaki itu.. Walaupun dalam masa yang sama ada beratus lagi lelaki yang cuba untuk mencuri hatinya. Tetapi berbeza dengan halnya lelaki.. Macam mana sifat Sperm yang boleh survive untuk mencari yang lain begitulah dia.. Kalau perempuan ni tak boleh terima dia banyak laki perempuan mau.. Apa ada kisah.. Kalau perempuan ni dah terima dia seadanya dia tahu perempuan tu tak akan kemana-mana walau apa pun yang dia lakukan melainkan dengan izin Allah. Dia biarkan sahaja begitu dan bila diperlukan dia akan kembali.. Dan kalau dia taknak kembali pun tiada siapa boleh memaksa. Kuasa memilih di tangan dia. 

Sebab tu ada 2% wanita yang di kaji mengatakan selesa hidup sendiri. Kerana sifat kesetiaanya itu. Hatinya telah dicuri tetapi tak pernah dikembalikan.. Kalau tanya Cik.. Cik tak sanggup untuk berkongsi kasih dengan wanita lain.. Sebab hanya perempuan yang tahu hati perempuan. Cik tak pernah menentang hukum poligami. Tetapi Cik merasakan Poligami is not for me.. Sebabnya Cik memang tak ikhlas untuk berpoligami. Dari Cik menanggung dosa selepas itu baiklah Cik elakkan.. Apa-apa pun pada mereka yang pernah berkahwin atau dah berkahwin, Janganlah sentuh isu ini. Sebab ia tak banyak sikit pasti akan melukakan hati seseorang.. Sebab tengok orang lain bahagia.. sebenarnya hati mereka tersentuh walaupun kadang kita tengok mereka neh berseloroh.. tengok orang ada baby.. mereka tak ada peluang tu.. Ujian orang belum kawin neh tinggi ooooo...........!!~ hehehe... Maklumlah.. harta paling bernilai adalah Anak.

Dan yang lelaki tu kalau nak cari tu kalau niat nak main-mainkan hati perempuan tak usah lah.. Sebab perempuan ni sifat dia bukan macam lelaki.. Dia jenis percaya orang yang dicintai dan setia pastinya.. Jangan jadi macam Ahli Politik. Sebelum pilihanraya asyik nampak muka jer kat kawasan, kempen dengan janji-janji manis.. tapi bila dah menang pilhanraya.. Ada aku kesahhh........... Esok nak pilihanraya jumpa lagi...!!~ heheh faham??  Perlu ke Cik Arin Explain?? Heheh rakyat neh dia memang lah sifat dia sentiasa nak YB melayan jer semua permintaan dia.. kalau tak layan protes... tapi cuba YB layan sesekali rakyat.. haaaaa insyallah menang lagi pilihanraya akan datang... heheeh faham?? Heheh okeklah Cik Arin bukan nak kempen politik sekian terima kasih... Fikir-fikirkan ya (^_^)!!~

When Feels down.. think ur the WINNER!!~
   

 

2 comments:

http://emasriee.blogspot.com/ said...

i like your title,,, even BERSIH! :)

Cik Arin said...

he he he..!!~