Tergerak hati Cik nak beli buku tu. Sebab Cik tertarik dengan sinopsis buku tu. Satu-satu cik selak buku tu, Allah Maha Besar, semakin Cik baca buku tu semakin terhibur dengan kata-kata yang ada dalam buku tu. Sesungguhnya Cik merasakan yang benar Allah sentiasa berada dekat lebih dari nadi. DIA mengetahui beban kesedihan yang melanda dalam diri Cik, DIA mendengar setiap bicara hati Cik dan benar dia menghantar pertolonganNYA dengan menggerakkan hati Cik untuk membeli buku itu. Ayat-ayat yang ada dalam buku itu membuatkan Cik rasa tenang sangat dan insaf dengan apa yang berlaku. Kenapa harus bersedih sedangkan Allah menyayangi kita. Cik seorang yang berfikiran positif sebelum ini tetapi kemana hilangnya positf dalam diri tu hanya kerana 'bisikan syaitan'.
'..Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.."
Allah Maha mengetahui apa yang diaturkan untuk setiap hambaNYA. Hanya perlu bersabar dan belajar redha. Teringat ayat-ayat Ustazah Norbaiyah tentang kesabaran dalam doa. "Sekiranya Allah menguji sesuatu itu bermakna dia sedang mendengar dan menunaikan doa-doa kita." . Bukankah ini adalah doa Cik sendiri. Allah Akhbar... Sungguh tenang bila kita mampu berfikir secara positif. Betapa besar kasih sayang Allah kepada Cik Arin. Rupa-rupanya dia terlampau sayang dan dia telah mendengar sebahagian dari doa-doa Cik selama ini. Kenapa perlu bersedih? sepatutnya Cik tenang menghadapi semua ini dan hanya perlu lalui hari-hari cik seperti biasa. Syaitan ada di mana-mana namun selagi Allah ada di hati pasti tiada masalah untuk mengharunginya. Kerana Allah tidak pernah menzalimi Hamba-hambanya. DIA hanya mahu yang terbaik sahaja. Cuma kadang-kadang kita yang menzalimi diri sendiri.
"..Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana
pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam
menjamin kejayaan dalam kehidupan.."
Kalau kita hidup di dalam dunia ini tanpa ujian kita tidak akan pernah menghargai hidup ini. Kerana semuanya dilalui dengan mudah. Dan kita tidak akan pernah mempelajari sesuatu. Kita menjadi 'Manja'. Itulah yang ada dalam diri Cik. Manja dan kalau boleh semuanya nak dilalui dengan mudah. Mungkin kerana selama ini Cik diberi layanan 'Istimewa' oleh kedua orang tua Cik. Tanpa rasa hidup berdikari. Kalau cik nak apa semuanya tinggal minta dan pasti dapat membuatkan Cik menjadi cepat berputus asa dan rapuh bila diberi dugaan yang sebenarnya mungkin tak ada apa sangat pada orang lain tapi dengan kemanjaan hati ni membuatkan Cik rasa susahnya hidup... Kerana itu juga Allah memberi dugaan yang besar dalam hidup Cik dalam keaadan Cik tak pernah bersedia.. Dulu Cik tak pernah sedar tentang hal ini semua. Sehinggalah Allah sendiri yang 'Memeberi' pendidikan sendiri pada Cik. Supaya cik menjadi seorang yang berdikari dan kuat hati untuk menempuh segala cabaran.
"..Sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan.."
Ini adalah perkara yang Cik sering lupa. Entahlah.. mungkin kelemahan diri sendiri atau desakkan sekeliling. Cik sebenarnya rindukan diri cik yang dulu. Yang sangat Cool. Ermm.. Allah jua yang mengetahui.. Biarkan hari esok itu datang dengan sendiri nya dan janganlah anda
menanyakan khabar beritanya dan jangan pula anda menunggu waktu itu
sebab hari ini anda sudah sangat sibuk.. Yer.. baru cik sedar. Cik ada banyak benda yang boleh di isi dalam hidup ini.. Dan dunia ini sangat indah untuk di jelajahi.. Bulan 10 kita ke Bali..!!~ heheheh
".. Ujian itu adalah latihan dari Allah, dan tentunya latihan tidak selamanya. Maka beruntunglah orang yang bersabar selama masa latihan itu dan bertahan selama masa ujian berlangsung. Dia berhak mengenakan mahkota kemenangan dan mahkota kejayaan yang telah Allah janjikan kepada mereka yang mencintaiNYA dengan taat kepadaNYA.
Awas!! jangan mengeluh ketika engkau di cengkam taring-taring ujian kerana memang jalan ke arah kebaikkan itu sangat sukar.
Menunggu pertolongan dan jalan keluar dengan bersabar akan mendatangkan kebahagiaan.."
".. Ujian itu adalah latihan dari Allah, dan tentunya latihan tidak selamanya. Maka beruntunglah orang yang bersabar selama masa latihan itu dan bertahan selama masa ujian berlangsung. Dia berhak mengenakan mahkota kemenangan dan mahkota kejayaan yang telah Allah janjikan kepada mereka yang mencintaiNYA dengan taat kepadaNYA.
Awas!! jangan mengeluh ketika engkau di cengkam taring-taring ujian kerana memang jalan ke arah kebaikkan itu sangat sukar.
Menunggu pertolongan dan jalan keluar dengan bersabar akan mendatangkan kebahagiaan.."
'Hasbunallahu wani' malwakil.......'

No comments:
Post a Comment