Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Tuesday, May 15, 2012

Hati Kosong Jiwa Tenang

Walaupun hati ini kosong, Jiwa ini terasa tenang sangat..
Sehinggakan dapat terasa air hangat yang mengalir ke pipi..
Syukur Alhamdulillah.. Allah mendengar doa-doa Cik Arin..
Tiada perkara yang paling indah melainkan kita dapat merasakan cinta dari DIA..
Alhamdulillah.. Dengan kekuatan yang dikirimkan olehNYA..
Redha ini hadir juga dalam diri.. Walaupun kita selalu memberi semangat kepada seseorang ketika mereka memerlukan.. Bila tiba saat kita memerlukan semangat tiada siapa yang mampu melainkan hanya memohon kekuatan itu dari PEMILIK semangat..
Allah selalunya menguji kita di atas kelemahan kita.. kerana Dia ingin melatih kita untuk menjadi kuat menentang kelemahan kita. Untuk menghadapi ujian dari Allah, DIA tidak meninggalkan kita tanpa 'ILMU'
iaitu kesabaran, keyakinan, Istiqamah dan akhir sekali Redha.

"..Allah itu lebih dekat dari nadi.."

Dan sebenarnya inilah ilmu yang paling.... susah untuk dipelajari. Ramai yang gagal, Termasuk Cik Arin sendiri hehehe....

Dulu cik seorang yang panas baran, Kau orang ingat senang ke nak kawal tempper? Demi Allah sangat susah. Cik tak pernah kekal dengan seorang dalam masa yang lama. Sebab orang yang selalu cik jumpa sama juga jenis tempper macam cik juga.. heheheeh Tapi benarlah bagai di kata.. Sekiranya Allah menghantar seseorang itu sama ada untuk dia bersama kita atau untuk mendidik kita. Macam-macam jenis manusia cik jumpa silih berganti.. Benarlah bagai dikata, Atas kelemah Cik lah Allah menguji Cik. Tapi semakin ramai yang cik kenal.. Cik makin kenal orang yang baik dari sebelum-sebelum nya. Ini kerana dari orang yang pertama Cik kenal cik telah mempelajari sikap seseorang dan cik akan pastikan tidak mengulangi kesalahan yang sama untuk kali berikutnya. So orang yang kedua tiada sifat orang yang pertama. Ketiga tiada sifat orang kedua dan seterusnya.. Memandangkan Cik Arin ada satu sikap, BELAJAR DARI KESILAPAN. Agak sukar kalau nak jumpa Cik buat second mistake. Kalau ada mistake pun mungkin keslahan yang lain.. Ialah kita manusia mana ada yang sempurna kan.. tak lari dari kesalahan.. Tapi kalau kita lakukan kesalah yang sama berulang-ulang itu yang Allah tak uji dah.. bila Allah tak uji tak adalah kita merasakan kasih sayang dia.. Kalau dulu Cik suka balas apa yang orang buat ke atas Cik.. Tapi sekarang cik serahkan segalanya kepada Allah.. Engkau balas macam mana cara Engkau nak balas.. Asalkan kau tak menjadi kan aku sama seperti dia sudah.... Tak ada apa yang lebih baik melainkan dapat mengelak dari Azab Tuhan..

Sebenarnya ada satu perkara yang ajaib berlaku yang membuatkan Cik insaf dan tenang.. Semasa Cik betul-betul tertekan satu hari tu.. Tidak ada jalan terbaik melainkan menitik air mata.. Sebab rasanya dengan cara menangis itu akan terasa reda.. Tapi tak jadi macam tuh.. Semakin banyak air mata mengalir terasa semakin siksanya.. Ya Allah.. makin susah nak berhenti.. Sehinggalah sampai satu tahap cik ada terkeluar dari mulut Cik "Allah.. Engkau kata kau akan tolong hamba-hamba mu.. Kau kata kau Maha mendengar.. Kau kata kau maha mengetahui.. Takkan Engkau tidak tahu hati aku..? Mana janji-janji Mu Allah? Engkau kan tuhan yang menepati janji? Mana janji-janji Mu?".. Itulah yang keluar dari mulut cik masa tu.. Kerana Cik merasakan sangat tertekan, kecewa dengan ujian yang di beri.. dan berputus asa.. Sebaik je selesai cik melafazkan ayat itu.. cik menarik nafas... Air mata cik berhenti.. Jiwa cik menjadi tenang... Dan cik tak tahu atas dasar apa cik perlu kecewa macam tu.. Allahu Akhbar.. tiba-tiba perut Cik menjadi sangat lapar.. dan cik bernafsu untuk nak makan.. hahaha... Ini adalah kisah benar.. dan sejak dari hari itu.. tak ada lagi airmata kesedihan melainkan Airmata yang Cik mengalirkan bila terkenangkan Ayah Cik. Itu memang tak dapat nak elak.. Sebenarnya Cik rasa bersyukur sangat.. kerana Cik terpilih untuk menyaksikan dan merasakan sendiri kebesaran Nya. Kerana Allah menunaikan Janjinya.. Jadi Cik yakin benar yang dia sedang menunaikan doa-doa cik selama ini.. Hanya perlu sabar. Kerana DIA tahu apa yang Cik mahu.. Cuma perlu Kesabaran yang tinggi.. Kerana permintaan Cik bukanlah kecil permintaan.. Tetapi permintaan yang sangat BESAR. Yang mana hanya layak di tunaikan untuk orang-orang yang beriman.. Kalau orang yang suam-suam kuku macam Cik ni.. kenalah berusaha gigih kan.. Sejak hal itu macam ada keinsafan yang terdetik dalam diri Cik. "..Tidak ada perkara yang paling Indah dan Tenang melainkan mencari jalan menuju syurga Allah.."


Apa yang terjadi sebenarnya Cik bersyukur ke hadrat Allah.. Kerana DIA tahu ini saja satu-satu jalan untuk mengatasi Kelemahan Cik. Bersabarlah sekejap duhai hati.. Insyallah.. Akan ada satu hari nanti Allah kirimkan teman mu.. Calon pilihanya pastilah yang mempunyai hati yang sama dengan mu.. Ikhlas.. dan tenang.. Tidak akan membiarkan kau menempuhi gelombang dunia bersendiri.. akan mengisi kelemahan mu..
dan menjadikan kau Insan yang sempurna.. Yang pasti dialah yang akan membimbing dan memimpin tangan mu ke syurga Allah.. Bukan dikalangan orang-orang yang mengambil kesempatan di atas kelemahan mu.. dan secara terus menarik mu jauh dari jalan Allah.. Sesungguhnya Allah tahu siapa yang dia inginkan untuk mengisi syurga Nya.. Dan harap salah seorangyan adalah Cik Arin..!!~ Mudah-mudahan Cik lah salah seorang bidadari yang diturunkan dari syurga ke dunia ini untuk mencari bekalan ke Akhirat kelak.. Amin..!!~♥

Life Must Go On
   "..Tidak ada kekecewaan yang lebih mengecewakan apabila kita GAGAL untuk masuk ke Syurga Allah.."

No comments: