Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Monday, May 28, 2012

Posting hari isnin...

Salam.. Morning.
Pagi cuma nak suarakan pandangan peribadi Cik lah.. Sejak dua menjak ni kalau on FB memang banyak lah di kalangan kawan-kawan posting pasal cerita-cerita Agama.. Alhamdulillah... ada juga Faedah FB ni.. tapi kan.. dalam-dalam posting dakwah agama.. mengajak rakan-rakan lain buat kebaikkan diselitkan komen-komen sindiran pada satu pihak.. dan mengatakan orang 'JAHIL'. Dan ada pulak Admin2 page yang cuba masukkan sentimen sinis dalam posting-posting mereka. Pada Cik kan... Berdakwah itu bagus.. mengajak orang ke arah kebaikkan itu bagus.. Cik suka.. walaupun jaranglah sangat u all tengok status-status dakwah kat FB Cik.. Tapi Cik suka baca dalam senyap posting rakan-rakan.. Tak kisahlah berunsurkan agama ke.. pengetahuan ker.. Politik pun baca jugak.. dan paling Cik suka baca komen-komen orang pada posting tu heheeh.. bukan apa nak tengok cara pemikiran orang lain.. Gossip jaranglah baca..

Zaman sekarang ni kalau nak pofular.. jadilah Ustaz and ustazah.. Confirm glamor.. heheh.. Ustaz Don, Ustaz Kazim.. UAI (glamour tuh..), lagi Ustazah Norbaiyah haaaa tu lah antara para pendakwah yang pofular.. UAI ni paling pofular kan.. sikit-sikit kawan2 FB suka sangat paste Quotes dia.. Cik tak nafikan ada juga Quote dia yang menarik.. Cuma jiwa cik tak boleh masuk dengan dia.. Antaranya Cik tak boleh nak faham apa dia cakap.. Sebab dia punya dialeg terengganu tu pekat sangat.. Jadi cik tak faham.. So memang Cik tak dengar lah ceramah dari dia.. Ustaz Kazim dan Ustazah Norbaiyah Cik Suka.. Tapi bukan pasal Ustaz Ustazah ni yang Cik nak cerita.. Diorang ni memang dah bertauliah.. tapi tentang Ustaz and ustazah 'wanabe' neh.. Yang belajar agama sekadar dengar ceramah UAI jer.. tak pun ustaz-ustaz parti politik. Alhamdulillah kalau anda boleh berubah menjadi tak baik kepada baik.. Anda pun bercita-cita untuk mengajak rakan-rakan untuk berubah menjadi baik.. Satu tindakan yang suci murni tu.. TETAPI adakah niat anda benar ikhlas untuk mengajak rakan-rakan anda berubah menjadi baik.. atau anda nak mengajak rakan-rakan anda membenci pemerintah yang ada? Berbeza ya.. Cik bukan nak cakap pasal politik. Cik nak bercakap tentang pandangan Cik tentang dakwah FB yang secara tak langsung sebenarnya mereka sedang berpolitik disitu.

Sebagai contoh Cik nak bagi 'Himpunan Sejuta Belia'. Cik tengok banyak Ustaz and ustazah wanabe neh memboikot Program ni dan cuba untuk mengajak rakan-rakan untuk memboikot program ni. Dengan alasan mengatakan ianya program maksiat.. Anda hanya mengatkan itu berdasarkan ada konsert K-pop di situ. dalam banyak-banyak program yang di aturkan oleh penganjur Konsert K-Pop yang diberi perhatian. Tak ada seorang pun di antara mereka yang posting pasal program muhasabah diri dengan berselawat ke atas nabi program islamiah yang ada di situ. Betulah apa yang di katakan Ibarat kain putih kalau tertumpah cat hitam pasti yang hitam tu yang kita nampak.. Macam manusia lah.. Kita buat 100 kebaikkan.. Tapi hanya kerana kita buat satu kesilapan.. yang satu tu lah yang akan menutup 100 kebaikkan yang ada tadi. Mungkin program 'Himpunan Sejuta Belia' ini tak ada himpunan solat jemaah di padang untuk di muatkan di dada akhbar seperti setengah anjuran yang berjemaah satu stadium untuk dibanggankan satu Malaysia kot membuatkan program ni dikatakan maksiat. Satu soalan.. Sekiranya hari itu anda ada di dalam kelompok yang berjemaah itu dan esoknya terpampang di dada-dada akhbar.. Adakah anda bangga? Sekiranya ada perasaan itu timbul didalam hati.. Anda riak dengan ibadah anda.. Apa yang anda dapat dari situ? Anda buat program gantikan konsert K-pop dengan konsert Rock beserban.. Asalkan pakai serban pakai jubah pegang Gitar.. Konsert tu terus jadi halal.. Macam tu ker? Terus konsert tu tak maksiat.. Sedangkan muzik yang bertali dan berdengung itu haram. Tapi As long as you berjanggut beserban benda tu jadi halal? Sejujurnya boleh tak cik cakap.. banyak yang jadi sekarang ni.. Semuanya FAKE. Pada Cik Haram tetap haram. Tidak ada Matlamat Yang Menghalalkan Cara.


Begitu juga 'Himpunan Sejuta Belia' Ini. Pada Cik Arin program ini bukan program agama. Betul. Tapi Cik tak Labelkan nya sebagai Program maksiat oleh sesetengah Ustaz ustazah wanabe di atas. Belia di negara Malaysia terdiri dari pelbagai kaum, Melayu yang beragama Islam. Cina, India dan lain-lain. Tujuannya nak kumpulkan 1 juta belia dari seluruh negara menghadiri program ini. K-pop mempunyai peminatnya ramai di kalangan belia Cina dan mungkin ada melayu sikit-sikit jugak.. Penganjur hanya menyediakan sahaja.. anda nak taknak pilihan di tangan anda.. Allah kurniakan akal.. Fikirlah.. Kalau tanya Cik Arin.. tak minat K-pop.. Tapi Cik minat nak tengok Drift.. dan aktiviti-aktiviti lain yang ada.. Ada gerai-gerai.. semua tu pilihan di tangan kita.. janganlah kita terus narrow mind sangat COP sesuatu tu Maksiat.. Jahil.. dan sebagainya. hanya kerana kita dah jadi 'Alim' kucing sekarang.. Tau alim kucing tu apa? Alim depan orang jer.. belakang orang? Tuhan je lah yang tahu.. Bila kita kata orang JAHIL. Itu satu tuduhan.. Betul ke orang tu JAHIL? Kalau betul dia JAHIL layak ke anda mengatakan dia JAHIL? Kalau dia tidak JAHIL itu jadi satu Fitnah. Apa hukum fitnah? Sebenarnya kalau kita tak tahu apa-apa baik kita tutup mulut. Cukup sekadar kita fikir semampu kita dan simpan untuk diri sendiri. Selebihnya serah pada Allah. Sebab dia tahu lebih dari kita.

Kawan-kawan yang nak berdakwah tu Alhamdulillah teruskan niat murni kauorang.. Tapi kalau menjadikan anda merasakan yang anda lebih baik dari yang lain-lain dan dakwah anda untuk menimbulkan rasa kebenceian kepada orang lain.. Lupakanlah.. Sia-sia jer.. Hidup ni eloklah bersifat sederhana.. Cik nak cakap pasal agama ni tak pandai.. tapi Cik sentiasa mencari Ilmu untuk memperbaiki diri.. Tetapi kalau tiap-tiap hari dihidangkan dengan dakwah yang menyentakkan otak.. rasa bosan pun ada juga.. Nabi dulu dakwah penuh kelembutan dapat meraih Umat Satu dunia.. Hati-hati yang keras hanya boleh luluh dengan kata-kata yang lembut.. Berdakwah melalui perbuatan itu lebih berkesan dari kata-kata.. Heheh... Tambah-tambah orang macam Cik Arin ni.. Kalau lu cakap tak serupa bikin alamat masuk telinga kiri kuar telinga kanan.. Sebab tu Cik Suka dengar Ustaz Kazim and Ustazah norbaiyah punya ceramah..Sebab dalam lembut terkena diri terkesan di hati.. hahaha... Ustaz Don pun ai laik jugak.. tapi disebabkan Ustaz Don neh terlalu 'Teruja' untuk dipandang.. takut jadi kelain pulak.. hahahah...

Okeklah ini hanyalah pandangan peribadi Cik.. Jangan ada pulak yang pertikaikan Ideologi Cik Arin yer..  Cik Arin ni orangnya bukanlah jenis alim.. sebab tu Cik jarang memngeluarkan status-status berunsur keagamaan. Cik lebih suka jadi 'Seekers' yang mencari Ilmu berbanding yang menyumbangkan Ilmu. Sebab Cik tak layak untuk bercakap sesuatu yang bukan bidang Cik. Tapi Cik tahu Halal & Haram. Cik tahu menilai sesuatu yang buruk dan sesuatu yang baik. Dan Cik juga seorang manusia biasa yang tak suka mengikut secara membabi buta. Bila Cik lakukan sesuatu pastilah kerana Ideologi Cik dan bukanya terikut-ikut. Walaupun diluaran Cik nampak keras, tetapi hati Cik lembut dan mudah kalah pada perasaan..
Dan Cik memang jenis suka pertikaikan sesuatu hal kenapa perlu lakukan sesuatu sebelum cik patuh pada sesuatu arahan.. Memang akan membuatkan sesetngah orang sebal.. Tapi itulah Cik Arin. Kalau anda boleh patahkan Ideologi Cik Arin.. Im yours.. Tapi kalau anda gagal.. Saya tidak akan patuh pada anda.. hehehe...

'Monday Blues...'       
  

No comments: