Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Thursday, May 17, 2012

Moutain Bike Saya..!!~

Selamat pagi.. dah dua hari kot tak update blog.. Sibuk sikit kebelakangan ni.. But its good for me.. Cik suka macam ni.. kalau sampai tak ada ruang langsung lagi cik suka.. hehehe..

Sabtu lepas Cik sekali lagi pergi ke KL.. tahun ni kerap pula cik ke sana.. dan cik rasa dalam bulan ni jer dah 3 or 4 kali jer cik keluar dari penang.. hehe.. penat jangan cakap.. takut esok landing kat atas jalan jer.. heheh... Okek.. Sabtu lepas pergi KL sebab ada bengkel dan perjumpaan dengan dengan Ahli Parlimen Tasik Gelugor. Maklumlah.. PRU13 sudah hampir kan.. So apa lagi... buat kerja-kerja pilihanraya lah kan.. Semak daftar pemilih. Sebab Cik di lantik sebagai Ketua unit IT untuk kawasan Cik..  Okek dan kebetulan pulak.. waktu siang nyer kita berbengkel.. 

Makan malam bersama Tan Sri Mohamad Noor Yacob dan Dato' Jasmin Adun Sg. Dua,  Di Kuala Lumpur Internasional Hotel  

Waktu malamnya kita buat benda lain.. Hehehe... Well Cik Arin known as multitask person..  Sambil menyelam kita minum air kan.. Disebabkan Cik sudah hampir putus nyawa asyik ulang alik Penang - KL - Penang, Cik cakap dengan Sifu Cik Untuk buat krusus melukis Inai pada hari yang sama. Kalau ikut Schedule janjinya hujung bulan 6. Tapi dah alang-alang.. Nasib baik dia pun boleh consider so tak ada masalah.. dalam masa 8 Jam. Cik Arin dah mahir melukis inai.. hik hik hik..

Sifu Cik tu kagum dengan Cik sebab dia kata Cik cepat belajar.. heheh tangan kalau dah seni tu.. memang lah cepat.. cuba kalau tangan kayu.. Mula-mula dia tengok cik pegang pen tangan kiri. 1st ayat yang keluar "Eh arin tangan kidal ye.. Orang kata tangan seni neh". Cik cuma senyum jer lah.. Sebenarnya Cik tak berapa bangga sangat tau dulu kalau orang tau Cik kidal.. yerlah masa kecik-kecik selalu kena kutuk.. yerlah.. tangan kiri kan tangan dot dot dot.. Actualy 1st time cik jumpa cikgu inai tuh.. banyak akhirnya Cik jumpa juga orang yang sudi nak mengajar lukis inai.. Cik selalu cuba nak lukis inai.. tapi hairan tak ada idea macam mana nak start.. thats why cik pergi jugalah berguru.. huhuh.. Disebabkan cik memang dah jenis tangan melukis atau tangan seni so tak susah lah untuk Cikgu Inai tu mengajar. Dia sendiri cakap senang mengajar Cik. Cik cepat.. Lepas kelas pertama Cik balik semula ke hotel tidor.. esok pagi masuk bengkel balik.. Dalam kelas tu Cik Cipta design inai cik sendiri.. Ha ha ha.. Heiii... Jangan kata Cik tak fokus bengkel hokek... Walaupun tangan ku berjalan.. meliuk lentok di atas kertas... telingaku fokus mendengar... hahaha!!~ Sambil melukis tu masih gi sempat kalau orang suruh semak nama pengundi kawasan.. haaa jangan tak tau.... c(: 

Ini Cikgu inai menunjuk contoh bunga inai
 Malam ke dua Cik dah start melukis inai. Semasa kelas tu berjalan Cikgu inai tu tanya.. Nanti saya lukis inai kat awak.. Erkk... lupa Cik nak cakap.. Cikgu Inai tu... Lelaki.. ho ho ho.. Cik sendiri pun baru tau.. Then bila dia offer nak lukis inai cik macam serba salah juga.. lepas tu dia kata.. "Jangan takut.. saya tak sentuh pun tangan awak.. saya lukis inai tak sentuh langsung tangan perempuan.." Cik macam terkejut juga bila dia kata macam tuh.. macam mana kalau inai orang tak sentuh tangan orang? Yerlah.. walaupun kau tengok Cik arin neh agak 'Gewdiks' orangnya... Tapi Cik neh otodok sikit.. hahah... sebab Cik neh pemalu orang nya..  ouchh!!~ Tapi dah dia bagi jaminan macam tu... Cik tadah jerlah tangan.. hehehe.. Tapi memang benar.. Cik pun kagum gila lah... Memang dia tak sentuh langsung tangan cik.. Sirius kagum.. Wa salute lah sama lu!!~ Finaly Dia kata.. Cik Arin neh dah boleh buat job inai.. sebab Cik cepat.. Yess!!~  Dia sendiri kagum dengan design yang cik buat.. Dia kata dia sendiri tak pernah lagi buat design yang macam cik buat tuh... Cantik dia kata.. Nak tiru boleh.. Cik kata boleh jer tak de hal.. Sebab dia yang mengajar Cik.. dalam kepala cik ada berpuluh-puluh design inai lagi yang cik dah lukis. Cuma my Design is PNC. So tak boleh publish kat sini.. Nanti ramai pulak yang cilok so Identiti Cik Arin akan bersepah merata-rata. Kalau nak tengok.. Hire me than i show you my design.. then u choose.. (^_^)v. Owh ye and Cikgu inai cik neh guru dia adalah Shima yang melukis inai di jari Scha Alyahya tu.. yang mana Shima tu sendiri pun kadang-kadang datang minta pendapat dia.. heheeh 


Inilah hasilnya.. Abaikan jari yang gemok itu hahah c(:
 Next Story, Disebabkan merasakan berat badan cik makin bertambah.. Dan Cik Arin merasakan begitu tidak selesa dengan diri sendiri maka Cik harus buat sesuatu. Penatlah asyik nak tahan lapar jer.. Dah tu sikit-sikit makan.. Gi meeting makan.. Gi krusus makan.. Gi kenduri makan.. aihhh penatlah asyik makan je.. Dulu Cik ni masa zaman-zaman remaja orangnya aktif bersukan.. Jadi bila kita bersukan ni makan memang lah banyak.. Tapi badan tak naik.. mana taknya dah kita aktif.. Hoki and bola baling memang sukan Cik lah.. Tapi since belajar berhenti semua tu makan macam tak hingat.. Tapi nasib baiklah tidak kembang gile kan.. huhuh.. mau pakai baju lawa-lawa pun sudah payah.. memandangkan umur juga makin meningkat.. (macam lah tua sangat.. haha!!~). Nak jogging tak minat.. hahah.. So Cik beli.... Mountain Bike.. hahah
Bahasa melayunya Basikal Gunung..!!~ 

Cik bukan apa beli basikal neh.. satu cik memang suka cycling.. berbanding jogging.. Dari cik beli basikal 'bodo' yang cik kayuh sejauh mana pun kat situ gak... baik cik beli mountain bike kan.. dah tentu kalau cik kayuh.. satu seberang perai cik boleh keliling.. Hirup udara segar tepi sungai petang-petang memang best..
harganya boleh tahan jugaklah dengan basikal 'bodo' tu.. Kiranya kalau ada yang  mencurik.. mau menangis tak berlagu jugak lah... Kat situ mountain bike paling murah RM 1000++.  Yang Cik punya.. Rahsia.. hahahah!!~ Makanya Cik parking basikal ni dalam rumah.. Actualy mula-mula diorang suggest yang ladies pattern. Diorang tunjuk kat katalog memang cantik.. Warna Hitam Pink.. Memang Cik dah berkenan sangatlah ni.. Then dia tanya tinggi Cik.. rupanya nak beli basikal ni.. kena ikut saiz.. lorr baru cik tau.. jakun sat.. hahaha... Ermm.. Sekali tak ada saiz tu dalam stock.. Sebab Cik nya tinggi ni jarang untuk ketinggian wanita asia.. 5'7" @ 170cm. So diorang tak amik stock tu.. takut tak laku lah tuh.. sebab basikal yang ada kat situ semua import.. Takperlah.. so diorang suggest yang ini kat Cik.. harga boleh kautim.. warna putih.. bezanya pettern lelaki and perempuan ni dia punya warna dan dia nyer besi tu rendah sikit.. so tak perlulah nak buka luas sangat kaki tuh nak naik basikal kan.. kiranya sopan sikitlah masa nak naik basikal tuh.. Tapi tak kisahlah kan.. Cik kan brutal dalam ayu haha.. c(: . Beli basikal dapatlah Free helmet.. nasib helmet free kalau kena beli.. malashhh... harga helmet tu murah pun RM167 jugak lah kan.. haaaa nasib free kan.. dapat botol air dapat meter dan stand.. stand tuh memandangkan basikal dah tak leh warna pink kan.. stand pink pun jadik lahhh haahahha!!~ Next time baru kita beli baju and seluar yer.. bajet sudah habis.. Lagipun sekarang nak sahping badan dulu.. dah lah baju dia fit.. nanti nampak spare tyre yang ada.. Owh.. no no... Owhh ye.. basikal ni pun kena servis okek.. dah macam beli kereta..

Lepas tu tengah tunggu dia pasang basikal tu.. Adalah sembang dengan pekerja kedai neh.. dan ada sorang abang ni tegur..
"selalu ke join ride.."
cik pun cakap lah.. "..taklah.. baru nak beli.. saja beli nak excersice.."
Than abang tu cakap.. " Joinlah ride.. kita orang selalu pergi naik bukit.. Wife abang pun ada jugak join.. hari tu panjat bukit bendera.."
Wow.. macam best.. than dia tunjuklah picture dia dengan wife dia panjat bukit dengan MB. Abang tuh kecik jer.. Comel jer.. dia cakap umur dia 41.. ternganga kejap Cik.. Nggaaa Siruis kalau dia tak cakap ingatkan umur dia awal 30an.
Wahh ini sudah lari dari tujuan asal neh.. tak sangka pulak kan leh dapat kawan dengan berbasikal.. Aktiviti yang menarik tuh..  "Okek jugak tuh.. tak per bagi saya tambah stamina dulu.. Now stamina belum ada.. kang join u all mau tertinggal kat belakang.. ho ho ho.."
Jadi inilah dia dunia baru Cik Arin.. 


Mountain Bike Cik Arin Putih Suci.
Anyway rasa macam happy sangat dapat isikan masa dengan banyak aktiviti.. semalam Cik dah rasmikan MB cik.. 2km cik kayuh.. Best kayuh tepi sungai masuk kampung sawah bendang rasa tenang sangat.. Balik-balik turun basikal tu.. perghhh kaki cik dah tak leh nak berdiri.. nasib baik tak tumbang.. lembut lutut habis semua.. bimbang juga kalau sakit kaki pagi neh.. Alhamdulillah.. Kaki langsung tak sakit... Mungkin sebab Cik buat streching lepas tu... kalau tidak mau jadi ketam pagi neh.. Bila badan dah letih.. mata cepat pulak mengantuk.. pukul 10 Cik dah masuk tidur.. Nyenyak sangat tidur.. dan bagun pun awal jam 5.30 pagi.. And pergi kerja pagi neh......... hahah petang ni kita cycling lagi hokek!!~

~ Life Must Go On~

3 comments:

wantie said...

cantiknye inai yang diukir di tangan tu. tahan lama tak?

wantie said...

follow you :D

Cik Arin said...

Tahan 5 hari insyallah...
Orite wantie..!!~