Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Tuesday, February 12, 2013

Resepi Cik Arin : Daging Goreng Black peper





Lama tak kongsi resepi kan... Okek lah.. Hari ni Cik Arin nak kongsi resepi "Daging Goreng Black peper"

Bahan-bahan :-

500 gm daging lembu (Di potong sederhana besar)
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1inci halia
 (Tumbuk kesemua bahan di atas)
2 sudu besar serbuk black peper
1 biji bawang besar ( Dihiris tebal-tebal dan dalam bentuk bulat)
1 tangkai lada merah besar ( Dihiris)
Kicap manis secukup rasa
Minyak untuk tumisan
Air untuk rebusan

Cara penyediaan :-
Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
Masukkan serbuk black peper
Masukkan air dan daging rebus sehingga empuk
Bila dah empuk masukkan kicap secukup rasa
didihkan sehingga air hampir kering dan taburkan hirisan bawang dan cili.
Gaulkan hingga layu dan angkat

Dah siap..!!~

Wednesday, February 6, 2013

Tak semua perkara boleh diselesaikan dengan SMS

Salam,
Dah lama tak update blog sejak Cik pindah KL neh. Sebab kerja banyak dan tak ada kelapangan untuk bukak blog. Since Cik duduk KL macam-macam dugaan yang melanda. Antaranya... Now Cik dah kembali kepada status single. Hanya kerana "Adiputra". Yer pelakon kegilaan ramai tu.. Itu jer punca dia.. Tak apalah kalau dah Allah kata tak ada jodoh alasan bodoh pun boleh dijadikan punca.. *Think positif

Hati sakit mungkin Allah juga yang tahu. Tak apalah.. Memang dah ditakdirkan nasib macam ni.. terima jer lah.. Cik dah tak mau nak bercakap apa lagi.. Now im engage with work.. 

Apa yang boleh Cik kata. Saya ambil iktibar "Tak semua perkara boleh diselesaikan dengan SMS"


"..Thank you Allah.." 

Wednesday, January 23, 2013

Sekadar meluah isi hati

Tak tau nak cakap apa pagi neh.. Cuma rasa down..
Teringat kata-kata seorang sahabat Dahliya katanya "Aku nak jadi macam ko arin. ko kuat, Ko masih boleh ketawa ceria walaupun aku tau hati ko sebenar tengah sedih." I just smile with thats words and answer her. " Ko nak jadi macam aku Dahliya? now umur ko baru 25 kan? ko perlukan lagi 4 tahun untuk jadi macam aku dengan syarat ko lalui semua pengalaman aku tanpa skip satu pun nanti ko akan dapat kekuatan macam aku. ko sanggup?" hehehe.. kemudian dia cakap dia tak sanggup.
Ok.. fine.. saya tahu memang takkan sanggup. Sebab saya sendiri kalau ada kemampuan saya nak skip semuanya. Sebabnya sampai sekarang saya tak habis fikir apa malang atau tuah yang ada dalam badan saya neh.. hehehe

Age 28, Kawan sebaya Cik yang cik kenal dari zaman persekolahan seorang demi seorang mendirikan rumah tangga. Bila keluar dengan kawan-kawan mereka bawak anak-anak tapi saya bawak diri sahaja. Bila bercakap mereka panggil "Auntie Arin". Erkk dah dapat gelaran makcik aku yer.. Dah tua okek fine.. ahahahah...  This 26th one of my class mate wahida atau kami panggil dia wa8@wahed pulak akan berkahwin.. Alhamdulillah. So siapa lagi yang tinggal yer... tengok kiri.. tengok kanan.. haaa ada seorang.. Balqis nama dia.. yeahh masih ada seorang tak per heheh... (Yer... Cik Arin tahu cik sedang buat lawak bodoh dan tak kelakar). Ermmm.... What happen to me?

Bila dahliya tanya Cik Arin tentang "kekuatan" saya. Jawapan nya ialah DOA yang berterusan dan tak pernah berhenti. Jiwa yang tak pernah tenang hanya akan tenang bila kita dekat dengan pencipta kita. Itulah hakikatnya. Macam-macam dugaan yang melanda lebih-lebih dalam percintaan. Hingga ke satu tahap Tahajjud adalah jawapan nya. Itu adalah saat yang paling hampir kita dengan Sang Pencipta. Cik bukan lah orang yang alim. Tetapi Cik sedar tak ada kekuatan lain untuk meneruskan hidup apabila kecewa selain kembali kepada yang ESA. Itu sahaja lah kekuatan yang mampu untuk memupuk kesabaran agar tak goyah dalam menanti kebahagiaan.

Seorang demi seorang datang dan pergi dengan kisah yang tersendiri. Di saat menemui seseorang yang betul-betul memberi kebahagiaan dan di saat yakin dia adalah orang yang tepat untuk diri ini. Sekali lagi dugaan hubungan dilanda masalah. hanya hal kecil sahaja. "Facebook". Hanya kerana insan-insan maya yang tak pernah bertentang mata jadi punca. Pada yang rapat atau mengenali Cik secara peribadi mungkin tau kalau Cik Arin neh cukup rimas kalau bergaul dengan kaum bukan sejenis. Heheheh bukan sebab Cik neh lesbian tetapi kerana Cik lebih selesa untuk bergaul dengan kaum sendiri. Tetapi ada hal yang cik tak boleh nak elak kalau ada dikalangan lelaki yang mahu menegur, komen atau like setiap status yang cik update. Cik hanya menghormati mereka sebagai seorang manusia yang mempunyai hak untuk dilayan seperti orang yang ada harga diri dan tidak lebih dari itu. Cik tak akan reply inbox mana-mana lelaki yang sekadar untuk bersembang kosong dengan cik. Bermain sms jauh sekali (Sebab my phone number sangat mahal untuk sewenang2 diberi kepada orang-orang yang tak penting). Jadi kebimbangan untuk mengatakan cik mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki di dalam FB itu adalah sesuatu yang tak ada sebenarnya.

Kerisauan yang berlebihan tu sebenarnya hanya akan membuatkan hati dia tak tenang. Cik tau mungkin dia bimbang andai saya menipu dia. Tapi akhirnya saya terpaksa menipu dia dengan niat untuk menghilangkan keriasauan dihatinya. Sebab saya tak nak dia terlampau runsing memikirkan hal yang sepatutnya tak perlu dia khuatirkan sebab dia akan stress. Mungkin dia tak tahu betapa Cik sayangkan dia. Sehinggakan Cik bertindak macam tuh. Sejujurnya sepanjang perhubungan Cik tak pernah menipu dia hanya itu sekali saja.  Itu pun hanya kerana "FB". Sounds silly right? Tapi cik dah tak tahu macam mana nak hilangkan keraguan dalam hati dia. Kalau Cik ada depan mata dia mungkin senang untuk di jelaskan. Sebab percakapan melalui text sering menjadikan salah faham sebab tak dengar intonasi suara. Perkara yang seakan sedih atau pertanyaan dianggap satu ketegasan dan cabaran. Tapi apa yang boleh Cik kata inilah dia namanya dugaan yang Allah nak beri pada CIk.. Sekali lagi Cik kena tempuh.

Cik lebih banyak berdiam sebab tak nak keruhkan keadaan. Cik dah tak tahu macam mana nak jelaskan. Apa yang cik boleh kata.. Sekali lagi terpaksa redha dengan ketentuan. Andai kata ketentuan mengatakan tak ada kebahagiaan cik untuk merasa seperti teman-teman yang lain. What can i say? Cuba untuk positifkan diri agar tak terlalu rasa rendah diri.. hehehe...

Sejujurnya, saya tak pandai bercinta.. Dan saya tak pernah mencari cinta. Saya hanya biarkan ia datang dan pergi tanpa ada paksaan. Tapi saya dah cuba untuk jadi yang terbaik untuk orang-orang yang saya sayang dan cintai. Tapi saya masih gagal. Saya hanya harap mereka memahami perasaan saya bukan macam suis lampu bila nak guna di petik buka.. bila tak nak guna tutup terus padam. Bila saya memberi cinta saya memberinya dengan penuh kesetiaan dan saya mahu pendamping saya merasainya. Dan bila saya mula mencintai seseorang perkara pertama yang saya akan lakukan ialah mencari kekurangan dalam dirinya dan belajar untuk mencintai kekurangan dirinya. Agar saya dapat berbangga dengan kelebihan yang dimilikinya. Dan saya akan sentiasa rasa bersyukur di atas anugerah yang diberikan kepada saya. Dan orang itu adalah sesuatu yang bernilai pada saya. Jadi dia tak perlu risau dan ragui tentang kesetiaan saya. Dan saya tak pernah ada BAD record curang dalam perhubungan.

Tapi saya sedar, tak semua orang boleh berfikir seperti saya. Tak semua orang boleh terima kelemahan dan kekurangan saya.  Jadi saya tak pernah salahkan sesiapa. Salah lebih suka letakkan semua kesalahan tu di atas bahu saya. Sebab saya taknak sentiasa lakukan kesilapan yang sama berulang-ulang. Sebab saya benci dengan rasa kecewa bercinta. Saya tak mau laluinya lagi. Tapi tak ada siapa yang faham apa yang saya rasa..Saya tak minta harta yang banyak.. Saya tak minta pengorbanan yang tinggi.. Saya hanya minta kemaafan dan kepercayaan. Tapi mungkin itu nilainya lebih tinggi dari wang ringgit. Saya faham. Dan saya tak akan menyebutnya lagi.

*Saya hanya sekadar meluah rasa isi hati saya, Saya harap tak ada siapa-siapa yang pertikaikan tentang luahan hati saya. Dan saya harap ianya mampu membuatkan saya tenang..


"..Its ok I'm Fine.."
  

Sunday, January 20, 2013

Resepi Cik Arin : Ayam Kampung Goreng Ungkep

Haritu mama ada beli ayam kampung. So bila ayam kampung neh Cik suka kalau di ungkep. hehehe Cik tak tau lah apa nama dia tapi dari cik kecik sampai besar mama selalu cakap masak neh pangil 'ungkep' jer.. Javanese recipe lah neh... hehehe... Suka masak neh.. sebab penuh dengan rempah.. Nak try? Jom.. amik resepi nya..

Bahan-bahan :-

1 ekor ayam kampung
4 biji bawang merah  (blend)
3 ulas bawang putih (blend)
1 inci halia (blend)
1 inci kunyit hidup (blend)
2 camca besar lada hitam (blend)
1 camca kecil jintan manis (blend)
1 camca kecil jintan putih (blend)
2 camca kecil ketumbar (blend)
Air secukupnya (untuk rebus ayam)
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Sebiji bawang besar (Hiris bulat-bulat)
3 biji kentang
1 batang cili hidup merah

Cara memasak :-

Panaskan minyak dan kuali. Kemudian masukkan segala rencah yang di kisar dah tumis sampai wangi.
Kemudian masukkan ayam gaul dengan rencah yang di tumis tadi hingga sebati dengan ayam, tuangkan air. Rebus sehingga ayam empuk dan kemudian masukkan kentang. Bila dah empuk tambahkan garam secukup rasa. Tunggu sehingga kuah pekat atau hampir kering. (macam rendang). Taburkan hirisan bawang besar dan cili gaul sehingga layu sedikit tutup api dan hidangkan.




Ayam Kampung Goreng Ungkep


"Selamat Mencuba"

Monday, January 14, 2013

Ugly the sweetest teddy bear


Hari rabu yang lepas, Encik Cinta Hati buat kejutan lagi.. Dia datang ke Penang untuk jumpa Cik. Hehehe... Baru 2 minggu lepas dia datang buat surprise dan hari rabu dia datang lagi dengan surprise.. Yer dia datang x pernah nak bagitahu. Dia kata kali ni dia tak plan pun.. Dia hanya start enjin kereta kemudian tengok dah atas highway sungai buluh. So dia kata dia nak jumpa Cik.. Terus dia shoot ke penang. Sehinggakan jam tangan pun dia tak pakai. Dan memang dia datang sehelai sepinggang berbekalkan beg latop dia,

Okek itulah dia. Kali ni dia sampai ke penang awal. So boleh jumpa lama sikit. Dah sampai penang baru dia call Cik. Wahhhh... again!!~ jadi apa lagi.. Cinta hati saya dah ada dekat dengan saya.. Mau tunggu lagi?  rindu bangat..!!~

So malam tu have a great dinner with him. Dia cakap.. "Bawak jer makan kemana saja."
So Cik suggest my favorite place "Seoul Garden". Memandangkan Cik tahu dia memang suka makan makanan bakar-bakar neh. So malam tuh Cinta hati belanja makan "Seoul Garden". Nampaknya dia sangat suka tempat tuh. Dia kata selesa dan sedap. Next time boleh datang lagi.. Sambil makan sambil sembang-sembang.. Rasa best sangat.. Dah lepas makan Cik hantar dia balik ke hotel dia dan Dia suruh cik terus balik rumah.

Esoknya dia nak balik KL dah.. So sebelum dia balik KL Cik suruh dia tunggu untuk sarapan bersama-sama. Memandangkan pagi tu Cik agak free. Boleh lah Cik teman dia sarapan dekat kedai mamak. Sambil sembang-sembang. Sampai jam 10 macam tu.

Then dia kata dia dah nak balik KL.. huhuhu entah kenapa rasa sedih sangat nak lepaskan Cinta hati balik KL. Huhuhuhu... So Cik pun buat ayat

"Nanti mesti rindu kat u b..."
"Me too.. nak teddy bear?"
"Next time u nak beli ek?"
"Jom beli sekarang.."

Hahaha nasib baik supermarket dah bukak.. So kami pergi cepat-cepat beli teddy bear. Pilih punya pilih Cik tak tau nak pilih yang mana. Then Cinta hati kata jangan ambil putih nanti kotor.. So dia berkenan yang ini. Cik pun tak kisah. As long as dia yang pilih. TAPI dia kata "Nah u bayar.. I tak mo bayar nanti cashier ingat i nak main teddy bear" hahahaha tau plak dia kan.. Cinta Hati memang sangat sweet..

Kemudian dia namakan bear tuh "Ugly" sebab dia kata bear tu lagi buruk dari dia.. hahahaah
Mana ada buruk.. Comey what... "Kalau rindu peluk bear neh tau.."
Know what? This Ugly is verry special because.. He had smell of "drakkar noir" his perfume.
Hehehheeh... Hari tuh saja gatal Cik mintak perfume yang dia guna.. hahahahah
Lepas tuh Cik sembur kat "Ugly". Yesss now baru sweet ekekekeke... So ini adalah 'Cinta Hati' saya versi teddy bear... Yeayyy..  Romantik tak saya.. lalalal jangan jeles.. kekekek... Anyway.. I really miss him.. Dia sangat baik.. dan Cik dapat rasa.. Dia sangat sayang Cik..

"Ugly" adalah hadiah pertama dari Cinta hati untuk Cik.. Soon if we meet again.. Kenalah beri sesuatu kepada dia.. Tapi apa yee.............. ermmmmmmmmmm!!~



"Ugly with Drakkar Noir"

He was here..!!~

Serious kadang rasa macam dalam drama or filem Istambul aku datang pulak.. hehehe tengah rindu-rindu tiba 'Cinta hati' ada di depan mata.. Hehehe... macam selalu baca dalam novel kan? Tak pernah terbayang dekat kepala yang benda tu akan jadi real.. Tak pernah expact yang Si Dia tu akan lakukan.. Tapi sila percaya.. hahah.. Ok ceritanya begini..

Dua hari lepas Cik ada gaduh dengan Cinta hati cik sebab kes cemburu. Entah kenapa kuat pulak cemburu dia dengan seorang mamat neh. Walhal orang tu dah kawin pun. Cuma mungkin he is one of my listener suatu ketika dulu. Jadi sebenarnya Cik dah letih nak explain to him yang memang Cik tak ada siapa-siapa. He keep saying im still loving my Ex. Hah lagi funny.. So malas nak layan memang Cik biarkan lah dia dengan kesangsian dia tuh. Jadi semalam sesi pujuk balik lah hati dia kan..

Cik terperasan dia up satu status neh kat FB dia "Terasa nak isi minyak penuh-penuh kemudian drive jer kemana ikut tayar bergolek mode :  blur " Jadi nak jadi cerita cik cuba lah bergurau dengan dia Cik cakap, "Kalau ada niat macam tu apa kata isi minyak then bawak kereta tu menuju ke utara neh i hilangkan blurr kat kepala u tuh.. hehehe" dia balas macam cara orang majuk lagi. konon-konon tak faham maksud Cik. Masih mode sangsi lah tu..  So Cik just chat baik-baik lah.. Sampai tengah hari tiba-tiba jer dia mesej henpon Cik tanya soalan neh "Kalau B pergi penang macam mana nak jumpa U?" So Cik pun bagitau lah cara nak datang ke tempat Cik.. Then Cik tanya naper? Dia kata manalah tau nanti satu hari ada kerja lagi kt sana. Okek.. Then pukul 3 mesej henpon lagi. Cik tanya dia kat mana.. Sebab selalu dia akan inbox fb jer. Tapi now dia mesej henpon. Dia kata "Kat kedai beli tali guitar" Owhh okeklah..

Then sibuk jer dia mesej pukul 5 tanya dah balik kerja ker?  Cik kata on da way. Pukul 6 dia mesej lagi dah sampai rumah ker? Aikk caring pulak hari neh pakcik neh.. Selalu tak tanya pun dah sampai umah ker.. Tanya dia naper? Di jawab dah ala-ala sentap pulak "Macam tak suka jer B tanya.. " Ngaaa so susun lah ayat molek sikit supaya tak tersentap.. "Tak adalah... suka.. cuma tengah drive nak mesej panjang2 tak leh..B kat mana neh?" heheeh... dia cakap "Kat studio" owhh.. sebab tadi beli tali guitar kan mungkin tuning guitar lah tu kan? Dia kata tak.. Saja jer lepak studio.. bosan.. Okek so mesej lah sampai ke pukul 7 malam.. perut rasa lapar nak kuar gi makan. Tengok mesej pun dah tak reply. Then mandi tengok ada miscol and mesej. "I mesej dah tak nak reply?" baru nak reply call masuk.

"B col taknak jawab yer?"
"Tengah mandi lah b tengok dah senyap jer cinta mandi lah"
"Owh.. kalau tak suka cakap lah.. b balik kl macam neh.."
"Erkk.. balik kl?"
"Datang sini jumpa b.. B tunggu kat KFC. dekat taman seri murni neh"
"Uikkss.. b neh biar betul tipu lah.."
"Betul lah.. Neh KFC kat depan balai polis neh sebelah ayamas ada bank simpanan nasional ada kedai dunlop.."
"Ehh b neh.. main-main lah.. b pernah sampai sini yer?"
"Pernah lah.. sekarang neh ada dekat KFC neh.. cepat cepat.. kalau tak caya datang sini.. kalau i ada belanja i makan" terus dia letak telepon.. Erkk...
Pastu siap hantar mesej lagi "Beli top up 10 ringgit"

Masih macam percaya dengan tak percaya jer kan.. dalam cik drive kereta tu betul ker B neh ada neh.. atau pergi sampai tengok dia tak ada.. Then sampai lah kat KFC tu.. tercarik-carik juga kereta dia. Tak ada.. Ermm.. then hantar mesej.. "Mana u neh b?" then dia cakap "Dalam kedai Ayamas"
Tengok dalam kedai Ayamas pun tak ada.. Hmmm... main-main dia neh.. Lepas tu Cik pusing-pusing belakang tengok kelibat dia lintas jalan dari parking kereta tergelak-gelak..

Owh my goshhh He was here!!~ Serius Cik macam tak percaya sangat Orang yang Cik rindu tu ada depan mata sekarang.. "Apa u buat kat sini???" sambil tergelak-gelak dia jawab "U kata rindu kat i kan? so i datang lah.."

Wow.. he so sweet.. memang dia sanggup tunjukkan komitmen dia dalam hubungan neh. Walaupun jarak antara kami 300++ Km. Dia sanggup bersusah payah.. Sangat terharu. Keesokkan harinya kami sarapan bersama-sama dan Encik Cinta hati pun pulang ke KL semula..

*Posting ni dah lama tapi baru publish sebab sibuk sangat..

 

Friday, December 7, 2012

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..
Allah telah menjawab segala persoalan Cik selama ini..
Sabar itu akhirnya menghasilkan buah yang amat manis..
Syukur ke hadrat Allah di atas segala pertolongan NYA. Kerana dia tahu betapa ikhlas nya hati ini akhirnya dia membuka segala cerita benar yang terserlah di hadapan mata.
Sungguh indah perancangan Allah.. Dan sungguh kecilnya dunia ini.. Tak apalah.. Tidak ada apa-apa yang ingin diperkatakan melainkan rasa syukur dalam dua hal.. *smiLe

Kalau diikutkan tidak ada apa-apa yang perlu dimarahkan, Sebab hikmahnya dah pun Cik perolehi. Jadikan ianya suatu pengalaman hidup. Hal seterusnya Cik dipertemukan dengan seorang pengganti..
Ermm.. siapa dia? Seseorang yang Cik kenal.. Tapi tak pernah mesra sebelum ini. 1st time jumpa tak sangka dia ada hati kat Cik.. hik hik hik.. Okek.. Kalau ada hati kita kawan dulu lah.. Sebab tengok he his also not so bad c(: . Sweet.. Gentleman and Matured (^_^)v. So Cik Arin pun suka jugak lah.. lalala...!!~ Itu jer lah boleh cerita..

Anyway dulu cik tak berapa suka dia.. Sekarang saya suka gilerr kat dia boleh?? tu lah kan.. lain kali jangan benci orang sangat.. kan dah jatuh cinta hahahah..!!~ Mudah-mudahan ianya berkekalan lama.. Aaminn...!!~


 
~Mode : Dalam hati ada taman~