Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Sunday, January 20, 2013

Resepi Cik Arin : Ayam Kampung Goreng Ungkep

Haritu mama ada beli ayam kampung. So bila ayam kampung neh Cik suka kalau di ungkep. hehehe Cik tak tau lah apa nama dia tapi dari cik kecik sampai besar mama selalu cakap masak neh pangil 'ungkep' jer.. Javanese recipe lah neh... hehehe... Suka masak neh.. sebab penuh dengan rempah.. Nak try? Jom.. amik resepi nya..

Bahan-bahan :-

1 ekor ayam kampung
4 biji bawang merah  (blend)
3 ulas bawang putih (blend)
1 inci halia (blend)
1 inci kunyit hidup (blend)
2 camca besar lada hitam (blend)
1 camca kecil jintan manis (blend)
1 camca kecil jintan putih (blend)
2 camca kecil ketumbar (blend)
Air secukupnya (untuk rebus ayam)
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Sebiji bawang besar (Hiris bulat-bulat)
3 biji kentang
1 batang cili hidup merah

Cara memasak :-

Panaskan minyak dan kuali. Kemudian masukkan segala rencah yang di kisar dah tumis sampai wangi.
Kemudian masukkan ayam gaul dengan rencah yang di tumis tadi hingga sebati dengan ayam, tuangkan air. Rebus sehingga ayam empuk dan kemudian masukkan kentang. Bila dah empuk tambahkan garam secukup rasa. Tunggu sehingga kuah pekat atau hampir kering. (macam rendang). Taburkan hirisan bawang besar dan cili gaul sehingga layu sedikit tutup api dan hidangkan.




Ayam Kampung Goreng Ungkep


"Selamat Mencuba"

No comments: