Teringat kata-kata seorang sahabat Dahliya katanya "Aku nak jadi macam ko arin. ko kuat, Ko masih boleh ketawa ceria walaupun aku tau hati ko sebenar tengah sedih." I just smile with thats words and answer her. " Ko nak jadi macam aku Dahliya? now umur ko baru 25 kan? ko perlukan lagi 4 tahun untuk jadi macam aku dengan syarat ko lalui semua pengalaman aku tanpa skip satu pun nanti ko akan dapat kekuatan macam aku. ko sanggup?" hehehe.. kemudian dia cakap dia tak sanggup.
Ok.. fine.. saya tahu memang takkan sanggup. Sebab saya sendiri kalau ada kemampuan saya nak skip semuanya. Sebabnya sampai sekarang saya tak habis fikir apa malang atau tuah yang ada dalam badan saya neh.. hehehe
Age 28, Kawan sebaya Cik yang cik kenal dari zaman persekolahan seorang demi seorang mendirikan rumah tangga. Bila keluar dengan kawan-kawan mereka bawak anak-anak tapi saya bawak diri sahaja. Bila bercakap mereka panggil "Auntie Arin". Erkk dah dapat gelaran makcik aku yer.. Dah tua okek fine.. ahahahah... This 26th one of my class mate wahida atau kami panggil dia wa8@wahed pulak akan berkahwin.. Alhamdulillah. So siapa lagi yang tinggal yer... tengok kiri.. tengok kanan.. haaa ada seorang.. Balqis nama dia.. yeahh masih ada seorang tak per heheh... (Yer... Cik Arin tahu cik sedang buat lawak bodoh dan tak kelakar). Ermmm.... What happen to me?
Bila dahliya tanya Cik Arin tentang "kekuatan" saya. Jawapan nya ialah DOA yang berterusan dan tak pernah berhenti. Jiwa yang tak pernah tenang hanya akan tenang bila kita dekat dengan pencipta kita. Itulah hakikatnya. Macam-macam dugaan yang melanda lebih-lebih dalam percintaan. Hingga ke satu tahap Tahajjud adalah jawapan nya. Itu adalah saat yang paling hampir kita dengan Sang Pencipta. Cik bukan lah orang yang alim. Tetapi Cik sedar tak ada kekuatan lain untuk meneruskan hidup apabila kecewa selain kembali kepada yang ESA. Itu sahaja lah kekuatan yang mampu untuk memupuk kesabaran agar tak goyah dalam menanti kebahagiaan.
Seorang demi seorang datang dan pergi dengan kisah yang tersendiri. Di saat menemui seseorang yang betul-betul memberi kebahagiaan dan di saat yakin dia adalah orang yang tepat untuk diri ini. Sekali lagi dugaan hubungan dilanda masalah. hanya hal kecil sahaja. "Facebook". Hanya kerana insan-insan maya yang tak pernah bertentang mata jadi punca. Pada yang rapat atau mengenali Cik secara peribadi mungkin tau kalau Cik Arin neh cukup rimas kalau bergaul dengan kaum bukan sejenis. Heheheh bukan sebab Cik neh lesbian tetapi kerana Cik lebih selesa untuk bergaul dengan kaum sendiri. Tetapi ada hal yang cik tak boleh nak elak kalau ada dikalangan lelaki yang mahu menegur, komen atau like setiap status yang cik update. Cik hanya menghormati mereka sebagai seorang manusia yang mempunyai hak untuk dilayan seperti orang yang ada harga diri dan tidak lebih dari itu. Cik tak akan reply inbox mana-mana lelaki yang sekadar untuk bersembang kosong dengan cik. Bermain sms jauh sekali (Sebab my phone number sangat mahal untuk sewenang2 diberi kepada orang-orang yang tak penting). Jadi kebimbangan untuk mengatakan cik mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki di dalam FB itu adalah sesuatu yang tak ada sebenarnya.
Kerisauan yang berlebihan tu sebenarnya hanya akan membuatkan hati dia tak tenang. Cik tau mungkin dia bimbang andai saya menipu dia. Tapi akhirnya saya terpaksa menipu dia dengan niat untuk menghilangkan keriasauan dihatinya. Sebab saya tak nak dia terlampau runsing memikirkan hal yang sepatutnya tak perlu dia khuatirkan sebab dia akan stress. Mungkin dia tak tahu betapa Cik sayangkan dia. Sehinggakan Cik bertindak macam tuh. Sejujurnya sepanjang perhubungan Cik tak pernah menipu dia hanya itu sekali saja. Itu pun hanya kerana "FB". Sounds silly right? Tapi cik dah tak tahu macam mana nak hilangkan keraguan dalam hati dia. Kalau Cik ada depan mata dia mungkin senang untuk di jelaskan. Sebab percakapan melalui text sering menjadikan salah faham sebab tak dengar intonasi suara. Perkara yang seakan sedih atau pertanyaan dianggap satu ketegasan dan cabaran. Tapi apa yang boleh Cik kata inilah dia namanya dugaan yang Allah nak beri pada CIk.. Sekali lagi Cik kena tempuh.
Cik lebih banyak berdiam sebab tak nak keruhkan keadaan. Cik dah tak tahu macam mana nak jelaskan. Apa yang cik boleh kata.. Sekali lagi terpaksa redha dengan ketentuan. Andai kata ketentuan mengatakan tak ada kebahagiaan cik untuk merasa seperti teman-teman yang lain. What can i say? Cuba untuk positifkan diri agar tak terlalu rasa rendah diri.. hehehe...
Sejujurnya, saya tak pandai bercinta.. Dan saya tak pernah mencari cinta. Saya hanya biarkan ia datang dan pergi tanpa ada paksaan. Tapi saya dah cuba untuk jadi yang terbaik untuk orang-orang yang saya sayang dan cintai. Tapi saya masih gagal. Saya hanya harap mereka memahami perasaan saya bukan macam suis lampu bila nak guna di petik buka.. bila tak nak guna tutup terus padam. Bila saya memberi cinta saya memberinya dengan penuh kesetiaan dan saya mahu pendamping saya merasainya. Dan bila saya mula mencintai seseorang perkara pertama yang saya akan lakukan ialah mencari kekurangan dalam dirinya dan belajar untuk mencintai kekurangan dirinya. Agar saya dapat berbangga dengan kelebihan yang dimilikinya. Dan saya akan sentiasa rasa bersyukur di atas anugerah yang diberikan kepada saya. Dan orang itu adalah sesuatu yang bernilai pada saya. Jadi dia tak perlu risau dan ragui tentang kesetiaan saya. Dan saya tak pernah ada BAD record curang dalam perhubungan.
Tapi saya sedar, tak semua orang boleh berfikir seperti saya. Tak semua orang boleh terima kelemahan dan kekurangan saya. Jadi saya tak pernah salahkan sesiapa. Salah lebih suka letakkan semua kesalahan tu di atas bahu saya. Sebab saya taknak sentiasa lakukan kesilapan yang sama berulang-ulang. Sebab saya benci dengan rasa kecewa bercinta. Saya tak mau laluinya lagi. Tapi tak ada siapa yang faham apa yang saya rasa..Saya tak minta harta yang banyak.. Saya tak minta pengorbanan yang tinggi.. Saya hanya minta kemaafan dan kepercayaan. Tapi mungkin itu nilainya lebih tinggi dari wang ringgit. Saya faham. Dan saya tak akan menyebutnya lagi.
*Saya hanya sekadar meluah rasa isi hati saya, Saya harap tak ada siapa-siapa yang pertikaikan tentang luahan hati saya. Dan saya harap ianya mampu membuatkan saya tenang..
"..Its ok I'm Fine.."

1 comment:
tabahlah hati dan bersabarlah dalam menghadapi dugaan..
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Saya mendoakan agar Arin beroleh kebahgiaan dunia dan akhirat..
Post a Comment