Serious kadang rasa macam dalam drama or filem Istambul aku datang
pulak.. hehehe tengah rindu-rindu tiba 'Cinta hati' ada di depan mata..
Hehehe... macam selalu baca dalam novel kan? Tak pernah terbayang dekat
kepala yang benda tu akan jadi real.. Tak pernah expact yang Si Dia tu
akan lakukan.. Tapi sila percaya.. hahah.. Ok ceritanya begini..
Dua hari lepas Cik ada gaduh dengan Cinta hati cik sebab kes cemburu. Entah kenapa kuat pulak cemburu dia dengan seorang mamat neh. Walhal orang tu dah kawin pun. Cuma mungkin he is one of my listener suatu ketika dulu. Jadi sebenarnya Cik dah letih nak explain to him yang memang Cik tak ada siapa-siapa. He keep saying im still loving my Ex. Hah lagi funny.. So malas nak layan memang Cik biarkan lah dia dengan kesangsian dia tuh. Jadi semalam sesi pujuk balik lah hati dia kan..
Cik terperasan dia up satu status neh kat FB dia "Terasa nak isi minyak penuh-penuh kemudian drive jer kemana ikut tayar bergolek mode : blur " Jadi nak jadi cerita cik cuba lah bergurau dengan dia Cik cakap, "Kalau ada niat macam tu apa kata isi minyak then bawak kereta tu menuju ke utara neh i hilangkan blurr kat kepala u tuh.. hehehe" dia balas macam cara orang majuk lagi. konon-konon tak faham maksud Cik. Masih mode sangsi lah tu.. So Cik just chat baik-baik lah.. Sampai tengah hari tiba-tiba jer dia mesej henpon Cik tanya soalan neh "Kalau B pergi penang macam mana nak jumpa U?" So Cik pun bagitau lah cara nak datang ke tempat Cik.. Then Cik tanya naper? Dia kata manalah tau nanti satu hari ada kerja lagi kt sana. Okek.. Then pukul 3 mesej henpon lagi. Cik tanya dia kat mana.. Sebab selalu dia akan inbox fb jer. Tapi now dia mesej henpon. Dia kata "Kat kedai beli tali guitar" Owhh okeklah..
Then sibuk jer dia mesej pukul 5 tanya dah balik kerja ker? Cik kata on da way. Pukul 6 dia mesej lagi dah sampai rumah ker? Aikk caring pulak hari neh pakcik neh.. Selalu tak tanya pun dah sampai umah ker.. Tanya dia naper? Di jawab dah ala-ala sentap pulak "Macam tak suka jer B tanya.. " Ngaaa so susun lah ayat molek sikit supaya tak tersentap.. "Tak adalah... suka.. cuma tengah drive nak mesej panjang2 tak leh..B kat mana neh?" heheeh... dia cakap "Kat studio" owhh.. sebab tadi beli tali guitar kan mungkin tuning guitar lah tu kan? Dia kata tak.. Saja jer lepak studio.. bosan.. Okek so mesej lah sampai ke pukul 7 malam.. perut rasa lapar nak kuar gi makan. Tengok mesej pun dah tak reply. Then mandi tengok ada miscol and mesej. "I mesej dah tak nak reply?" baru nak reply call masuk.
"B col taknak jawab yer?"
"Tengah mandi lah b tengok dah senyap jer cinta mandi lah"
"Owh.. kalau tak suka cakap lah.. b balik kl macam neh.."
"Erkk.. balik kl?"
"Datang sini jumpa b.. B tunggu kat KFC. dekat taman seri murni neh"
"Uikkss.. b neh biar betul tipu lah.."
"Betul lah.. Neh KFC kat depan balai polis neh sebelah ayamas ada bank simpanan nasional ada kedai dunlop.."
"Ehh b neh.. main-main lah.. b pernah sampai sini yer?"
"Pernah lah.. sekarang neh ada dekat KFC neh.. cepat cepat.. kalau tak caya datang sini.. kalau i ada belanja i makan" terus dia letak telepon.. Erkk...
Pastu siap hantar mesej lagi "Beli top up 10 ringgit"
Masih macam percaya dengan tak percaya jer kan.. dalam cik drive kereta tu betul ker B neh ada neh.. atau pergi sampai tengok dia tak ada.. Then sampai lah kat KFC tu.. tercarik-carik juga kereta dia. Tak ada.. Ermm.. then hantar mesej.. "Mana u neh b?" then dia cakap "Dalam kedai Ayamas"
Tengok dalam kedai Ayamas pun tak ada.. Hmmm... main-main dia neh.. Lepas tu Cik pusing-pusing belakang tengok kelibat dia lintas jalan dari parking kereta tergelak-gelak..
Owh my goshhh He was here!!~ Serius Cik macam tak percaya sangat Orang yang Cik rindu tu ada depan mata sekarang.. "Apa u buat kat sini???" sambil tergelak-gelak dia jawab "U kata rindu kat i kan? so i datang lah.."
Wow.. he so sweet.. memang dia sanggup tunjukkan komitmen dia dalam hubungan neh. Walaupun jarak antara kami 300++ Km. Dia sanggup bersusah payah.. Sangat terharu. Keesokkan harinya kami sarapan bersama-sama dan Encik Cinta hati pun pulang ke KL semula..
*Posting ni dah lama tapi baru publish sebab sibuk sangat..
Pages
PENAJA
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.
Monday, January 14, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment