Pages

PENAJA

♥ Sweet September ♥
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Monday, March 21, 2011

Wanita Malaysia Lebih Tertarik Pada Warga Asing??

Morning... Selamat hari Isnin!!~
Tadi on da way Cik datang Opis dalam kereta macam biasa dengar Fafau , Fbi n Ag...
Topik yang mereka bawak adalah "Betulke Wanita Kini Lebih Cenderung Kepada Warga Asing?"
Ini kerana ada seorang wanita Malaysia yang komen kata wanita sekarang lebih tertarik kepada warga Asing yang bekerja di Malaysia kerana wanita sekarang ramai yang dah bekerjaya dan mempunyai taraf hidup yang tinggi berbanding lelaki di Malaysia. Ermm... macam nak mengiyakan
dan ada gak lah macam Cik nak sangkal.. Sebenarnya pada pandangan and pengalaman Cik lah kan.. Ehem Ehem.. Sebenarnya wanita kita ni tak adalah kisah sangat pasal kerjaya seseorang itu. Kalau tidak tak adalah yang ada wanita ada PhD tapi lelaki just ada Sijil Kemahiran Jer.. Ehh ada.. jangan ingat tak ada ek... Yang wife jadi Pengarah Urusan tetapi Suami Suri rumah sepenuh masa.. So tentang Isu kerjaya and taraf hidup neh Cik rasa boleh lah letak tepi dulu jap.. (Tapi kalau dapat yang setaraf atau lebih tu kira lagi baiklah kan... But itu bergantung kepada nasib yang tuhan kurniakanlah kan..) . Pada mata Cik Arin Why Wanita kita lebih tertarik kepada warga Asing Specially "English Man" ini kerana mereka ini Gentleman. Yerr betul ini kerana kebanyakan warga Asing yang berbangsa Eropah lebih-lebih kalau orang dari UK yang terkenal dengan sikap Gentleman mereka. Tadi masa dengar Topik pagi Hot FM ramailah lelaki-lelaki Malaysia yang terkenal dengan sikap egonya tercabar dengan pernyataan tersebut membuat panggilan.. antara penyataan-penyataan yang dikeluarkan adalah "wanita ni tak fikir panjang kawen dengan orang asing nanti kalau jadi apa-apa bakal menyusahkan diri sendiri sebab bila kawen kena ikut sumai pergi luar negara". Penyataan berikutnya "Wanita neh ***** padahal lelaki semua sama jer depan baik belakang macam tuh gak perangainya". Lagi "Orang pompuan neh tak tau... Warga asing tuh nak kawan dengan dia sebab nak kerakyatan jer... penduduk tetap". Hahahaha So funny!! deyyy kalau Mat Bangla ker... Indon ker nepal ker... Kot lah... Tapi mat Indon pun kalau dia ngorat orang Mesia bawak balik negeri dia... kalau idak tak bersepah ler cerita wanita kita lari ke lombok...(Tapi kenyataan nya kalau Mat Indon yang tak ada apa-apa tuh pun ramai wanita kita yang sanggup lari ke Lombok mean mereka tu lebih Gentleman berbanding dengan Anda! Huh!!~) Ini yang diperkatakan adalah dari kalangan Warga Asing yang Educated, yang bekerja di Malaysia sebagai Profesional. Macam Pensyarah, Doktor, Engineer, Manager and sebagainya...

Kalau tanya Cik lah kan... Cik lebih prefer orang kita yang berbangsa MELAYU untuk menjadi bakal suami Cik.. pertama mempunyai budaya yang sama, Agama dah tentulah sama... Tetapi Ciri-ciri yang ada dikalangan lelaki kita ni kebanyakkan tak menepati Citarasa Cik Arin dan mungkin juga wanita lain.. Jangan kata Cik Arin neh seorang yang memilih "Sangat". Tetapi dah memang Cik Susahlah nak jatuh hati dengan "ayat-ayat" cakap tak serupa bikin neh... Belum dapat memang lah manisnya macam lolipop.. dah dapat macam hampeh..!!~ Thats why lah kadang-kadang kita dengar.. Masa bercinta bukan main berkepit macam belangkas.. layan macam puteri raja.. tetapi dah kawen... lantak ko lah... buatlah hal sendiri... malam nanti kalau ada perlu baru lah nyendeng-nyendeng... wohh woohh wohh.... "Baik ada makna" itulah yang selalu bermain di kepala otak orang-orang lelaki Malaysia neh.. So macam mana orang lelaki Malaysia ni tak kalah dengan warga asing? Sebab orang lelaki kita neh tak gentleman. Tapi tak semua... adalah yang gentleman tapi tak ramai dan kita boleh tengok golongan yang macam mana yang dikategorikan sebagai Gentleman ni. Biasanya mereka yang Gentleman adalah dikalangan yang profesional... Namun tak semua yang berpendidikan ni boleh jadi Gentleman sekiranya mereka hanya bergaul dikalangan mereka.

Di tempat kerja Cik sendiri ek.. yang mana Cik memang kerja dikalangan mereka yang berpendidikan tinggi dan profesional.. Sebab Cik bekerja di IPT. Tak perlu bagi tau IPT mana.. So Cik nak ceritakan sedikit gelagat orang lelaki kat tempat kerja Cik.

Kes 1 : Ketua Cik seorang yang berstatus Ir. Umur standard Ayah Cik.. Jumpa dekat lif sama-sama naik lif then bila pintu lif terbukak Dia beri laluan kepada Cik untuk keluar dulu dari lif tu sedangkan Cik di belakang dia. Malah dia boss Cik.. Tetapi dia menghormati Cik sebagai seorang wanita dengan memberi keutamaan kepada Cik untuk keluar dulu.. Ladies First!!~ Boss Cik ni dia mempunyai kelulusan dari luar negara UK.

Kes ke 2 : Seorang Pensyarah tittle Dr. Tetapi dia sangat low profile tak kira pun kita ni pangkat apa dia selalu mendahului bagi salam dekat kita and senyum. Dan memang Cik langsung tak rasa segan dengan dia.. kalau bersembang sambil berjalan then nak masuk pintu dia akan mendahului Cik dan buka pintu untuk cik dan minta cik keluar atau masuk dulu.

Kes 3 : Seorang Pensyarah, Selalu bawak anak ke tempat kerja.. bila ditanya why? Mak dia sibuk ada urusan so tengok kat rumah sorang bawak lah anak tuh datang opis.. Wahhh ada bapa - bapa sanggup bawak anak datang opis? bukan seorang ek pensyarah2 lelaki kat tempat Cik ni bawak anak ke opis.. Kadang ada meeting neh.. Tetapi anak tak ada siapa nak jaga bawak gi opis okek..!!~ U all sanggup???

Itu lah contoh lelaki Melayu yang Gentleman dikalangan mereka yang profesional dan kebanyakkan mereka ni berkelulusan luar negara UK, German, Jepun banyaklah kan. Kenapa mereka ni lebih Gentleman berbanding dengan mereka yang berkelulusan tinggi dari yang belajar kat dalam Malaysia ni.. Mungkin sebab percampuran budaya di sana yang kebanyakkan dari negara-negara 1st world thinking. Yang dalam negara neh bukan tak ada.. Ada... tapi minoriti.. sangat minoriti... Sebab kita neh macam tebal Sikap bahawa lelaki adalah ketua dan ada ego. Tapi hairan tau dengan sikap orang lelaki tempatan ni yang kebanyakkan neh.. Bila time dengar ceramah... buat kerja dia memang Ladies First... tetapi yang mana kalau bab Makan... bab yang best-best Yerrr mereka lah juara..

Cik nih bukan lah Anti lelaki.. kalau Cik ni anti lelaki tak adalah Cik puji lelaki-lelaki yang Cik sebut tadi.. Cuma kadang-kadang tu macam cuak lah bila berdepan dengan lelaki-lelaki Ego yang macam bagus neh... Diri sendiri tak betul then salahkan orang perempuan... Lepas tuh tak hormat orang perempuan... Pandang rendah sangat dengan orang perempuan.. lebih-lebih kalau orang perempuan tu serba kekurangan.. Orang lelaki kita neh nak yang lawa jer... kalau dia dapat yang tak lawa tuh.. mesti ada udang sebalik batu nyer.. sama ada pompuan tuh kaya raya... atau betul - betul laki tuh memang dah tak laku.... selagi lelaki tuh laku... Haram... sebelah mata pun tak hingin lah dia nak pandang... Dah tu bila perempuan ni puji lelaki Asing lebih sikit dia kata perempuan tuh nak kena mainlah... dah tu dah awak ada reti hargai wanita tuh?? Rasanya kepala awak tuh yang ada hal-hal nak main neh semua.. Coz u cop all man same just like u... mean... u yang memang macam tuh...

Cik bukanlah nak mengata.. Haritu cik ada tengok satu cerita omputeh neh... Cerita ni dari England. Cerita ni dalam LRT jer.. daripada awal sampai habis.. Cerita macam mana dia nak tackle seorang perempuan.. cara lelaki ni memang Cik suka lah.. dia nya style memang gentleman. Dalam LRT tuh tengah ramai orang.. then ada seorang wanita tua neh terpaksa berdiri.. lepas tuh lelaki tu tengok tak ada yang nak bagi wanita ni duduk.. dia pun bangun suruh lah perempuan tuh duduk.. then masa dia berdiri tuh lah dia ternampak seorang perempuan yang mana 1st time dia tengok perempuan tuh dia macam dah jatuh hati.. Then esoknya dalam LRT yang sama dia jumpa lagi perempuan yang sama.. tapi dia cuma pandang jer... then esoknya dia jumpa lagi..then dia try nak tegur perempuan tuh dalam LRT tuh jugak.. sampai lah ending cerita ni diorang pun bercinta. Yang best masa dia nak ngurat perempuan neh dia ada baca sajak dalam LRT tuh.. tetapi perempuan lain yang perasan... Tapi lelaki neh cool jer.. dia langsung tak malukan perempuan yang perasan tuh.. malah dia kata "Im proud If U like it.." sambil beri senyuman kan perempuan perasan tuh.. Cuba kalau orang kita... "Eh perasan ker... saya bukan kata kat awak.. tetapi tuh kat belakang tuh" tak pun akan pandang semacam jer huhuhhuhu adeiii malukan?

Cik bukanlah nak merendah-rendahkan orang lelaki kita.. Cuma nak menyatakan sesuatu yang realiti.. benda realiti memang pahit.. tapi haruslah sedar.. dan cuba lah untuk jadi seperti lelaki-lelaki asing yang gentleman. Susah sangat ker orang lelaki kita neh nak jadi Gentleman? Tak susah... Cuma perlu hormat orang jer and buang ego (^_^)V!!~ Hormat Orang tua dan Hormat Wanita. Pasti anda akan di gilai ramai.. Tak caya cubalah...

^Orang Melayu Yang Gentleman Tak Ramai.. Sebab Tu Lelaki Mana Yang Cik Suka Tuh Mesti Orang Lain Pun Suka.. So Terpaksalah Cik Lupakan sebab Cik yakin.. Kalau Ianya Milik Cik... Cik tak perlu rebut... Dia sendiri akan memilih Cik.. Kerana Dia nampak apa yang orang lain tak nampak...^

No comments: