Pages

PENAJA

♥ Sweet September ♥
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Thursday, March 17, 2011

Posting Cumil : Si Comel dan Si Setia

Sejak kebelakangan ni dunia kecoh tentang Gempa & Tsunami di Jepun. Tapi tak ada satu pun yang Cik posting tentang berita-berita ni. Sebab Cik tengok di sana sini semua cakap tentang hal yang sama... Jadi buat apa Cik cakap benda and posting benda yang sama rite? Tapi pagi ni ada satu benda menarik yang Cik rasa nak posting berkaitan dengan Bencana Alam Tsunami di Jepun ni dan betul-betul menarik perhatian Cik. Bukan pasal Nuklear.. Bukan pasal Angka korba.. Tetapi tentang tentang Anjing Yang Setia.




"It's a universal truth that dogs are man's best friend, but they're pretty darn loyal to their own as well. Case in point: this tear-inducing video, via the website Jezebel, showing a dog, shivering and disoriented, remaining loyally by the side of a stricken fellow canine amid the devastation of the Japanese tsunami." Yahoo News

Benda ni memang betul-betul membuatkan Cik rasa terharu.. Ia hanyalah seekor haiwan yang dikatakan tidak mempunyai akal seperti manusia.. Tetapi begitu setia sekali kepada tuanya sehinggakan dalam keadaan macam ni pun masih lagi setia menunggu tuan dia. Mungkin juga tuan dia dah tiada.. Sungguh Cik rasa macam nak menitik air mata sebab terharu sangat tengok kesetiaan anjing. Ermm.. Cik memang tak boleh tengok muka anjing ni.. sebab muka mereka ni sayu jer kalau kita pandang dia.. macam minta simpati.. Ermm.. mungkin dikalangan orang kita ni takut dengan anjing dengan mengatakan Anjing ni garang, suka berak meratalah.. mungkin sebab dari kecil kita dah di ajar untuk membenci haiwan ini kerana dalam agama kita sendiri meletakkan anjing dalam kategori najis. Jangan sekali-kali kita menyalahkan agama.. kerana apa yang ditegah itu pasti ada hikmahnya. Lagipun Agama hanya mengatakan ia adalah najis itupun ketika dia basah.. tapi tak suruh pun kita Benci haiwan ini sehinggakan kalau kita menyamakan seseorang yang buruk itu sama seperti "anjing" tak de kan.. tak der kan... haaaaa so janganlah kita benci and takut dengan anjing ni.. Sebab anjing ni kategori comel.. (^_^)V!!~







Anjing mungkin najis bagi orang Islam tetapi Allah Tak Pernah Suruh Benci Dia

Kadang - kadang Cik hairan dengan orang-orang yang tergamak nak racun haiwan ni hanya sebab dia suka menyalak.. Macam Anjing jiran cik.. Kesian dia mati kena racun.. (T_T). Jiran Cik bangsa Cina.. Dia bela anjing.. Anjing dia adalah kot 3 ekor. Sekor dia letak depan.. Sekor dia letak belakang and sekor dia letak dalam umah.. Masa mula-mula dia bela anjing tuh memang di suka menyalak dekat Cik.. Sampai Cik terkejut setiap kali balik rumah.. Tapi bila dah lama-lama dia dah tak menyalak lagi mungkin dia dah kenal Cik and Famili. Malah kalau Cik pergi dekati dia pun kan dia tak nyalak langsung and dia hanya akan tengok Cik jer dengan pandangan sayu.. Walaupun cik and famili tak pernah pegang dia. Hehehe tapi kalau posmen datang memang dia nyalak sakan hahahah... So Cik rasa mungkin dia pun faham yang kami ni adalah jiran kepada tuan dia and dia kenal.. Jadi dia akan jaga sekali rumah kami kalau ada orang asing mendekati rumah Cik and rumah dia. Ada sekali tuh Anjing tu terlepas keluar.. nak masuk rumah dia tak boleh... sebab tuan dia tak ada.. jadi berlegar-legar kat umah Cik minta nak masuk rumah.. then kakak Citan masa tu nampak tolong bukak pintu pagar rumah dia then dia pun masuk.. duduk diam-diam dalam kawasan rumah dia sambil tengok kakak Citan.. Mungkin dia ucapkan terima kasih kot.. Walaupun dia najis.. dia adalah makhluk ciptaan Allah... Jadi tak salah kalau kita menyayangi dia kan? Cuma cara kita sayang tuh tak perlulah sampai nak peluk ciom bergomol atas katil dalam rumah amik gambar ciom anjing up kat facebook.. macam yang setengah-setengah orang melayu moden zaman sekarang cuba nak pertikaikan hadis-hadis yang ada. Pada Cik tak perlulah nak melakukan semua tuh Just nak bagitau kata anjing adalah "Man's Bestfriend". Everybody knows bout that.. Dogs are loyal. Tapi awak tuh kan Islam.. kalau awak sendiri tak meyakini apa yang ajaran agama ajar.. Sorry to say macam mana orang lain nak ikut tul tak? Macam yang Cik kata.. Agama tak suruh kita benci anjing, malah menggalakkan kita menyayangi semua makhluk yang ada dalam dunia ni.. Jadi bila kita sebagai manusia yang di beri akal ni berfikirlah macam mana nak buat...







Kucing juga adalah haiwan yang comel dan setia


Cik sendiri akui cik suka anjing.. Cik suka tengok anjing-anjing yang comel.. tetapi tak pernah seumur hidup Cik nak pegang anjing tuh sebab Cik tahu dalam Islam anjing ni kategori najis kalau dia basah.. Tapi tak kiralah basah ke kering ke memang cik tak peganglah buat apa nak pegang sebab nanti kena samak. Bukan kita tau tangan kita neh kering ke basah.. jadi tak payahlah nak menyusahkan hidup kan benda yang boleh elak kita elaklah kan... lainlah kalau benda tuh cik tak boleh nak elak.. Tapi balik kepada kesetiaan anjing tuh memang cik akui.. Anjing memang Man's Bestfriend. Walaupun dia tahu dia dikategorikan najis di dunia ni... dia masih lagi menjalankan tugas-tugas dia di muka bumi ini.. Dah tentu Allah telah sediakan tempat untuk dia.. Jadi kita yang manusia neh.. belum tentu lagi tempatnya kan... so fikir-fikirlah kau nak mencabar ajaran agama dengan peluk cium anjing then up ke Facebook dengan beritahu semua orang apa yang awak buat tu betul atau kau ikut jer dalam masa yang sama menyayangi haiwan tersebut dengan cara yang lain... bukan anjing jer.. malah haiwan lain juga.. kalau nak peluk cium haiwan haaaa kucing tu kan ada... Comel jugak... jenis yang manja juga.. Malah haiwan kesayangan Nabi. Cik bela kucing terhibur jer hati setiap kali tengok keletah-keletah kucing tu.. sebab apa... Peel kucing neh sebenarnya terpengaruh dengan peel tuan nya hahahah... Macam kucing-kucing Cik.

G-mon = Panas Baran, Degil tetapi penyanyang dan manja macam Cik hik hik hik
Memo = Buat hal Sendiri tak kacau orang macam Cik jugak..
Kentoi = Sukar Di fahami Macam Cik Jugak.. Hahahahah
Radja = Malas suka tidor suka makan tak peduliklah apa orang nak kata Macam Cik juga hahaha
BooBoo = Suka buat sepah macam cik jugak hahahahahah...
Pico-Pico = Nakal.. Lincah.. Tak reti duduk Diam.. Suka Cari pasal dengan orang.. (Ini Cik tak tau ikut peel siapa..) Tapi dia manja...
Pucca = Degil.. Ibu yang baik.. Lembut.. (Macam kakak Citan and ayah)
Jebek = Ngada-ngada, dengan tuan sendiri berlagak.. dengan orang berlakon baik.. Eeee geramm (Tak mau sebut ikut perangai sapa hahahahah)

So kucing pun ada keletah dia sendiri... Jadi kita tak boleh bela anjing... tapi diberi Option untuk memelihara kucing... Okek what!!~ Kucing-kucing cik tuh besar-besar dari baka kucing tempatan.. Sebab Cik memang suka yang baka besar.. Peluk best... Nak beli maine coon tak mampu.. huhuhuhuh kadang-kadang bawak jalan tambat macam anjing orang ingat Cik bawak anjing hehehehe tengok dekat upanya kucing.... Hehehehe..



^Orang Selalu kata Anjing And Kucing selalu gaduh.. tapi Anjing Uncle Sia dia siap jilat lagi street Cat belakang rumah... Tapi Anjing tuh dah mati kena bunuh dengan "setan"^

No comments: