Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Friday, April 8, 2011

TEKANAN DARAH RENDAH

Lately ni Cik rasa semakin kerap rasa macam nak pitam bila bangun untuk berdiri dari duduk. Pernah sekali badan jadi betul - betul tak stabil.. sehinggakan kena cari tempat untuk berpegang.. Dulu memang selalu gak rasa macam ni.. tapi dah lama tak jadi.. tapi sejak kebelakangan ni makin kerap pulak jadinya.. Harituh Check Tekanan darah.. Agak terkejut juga tengok tekanan darah cik jadi macam tu.. 100/75. selalunya 110/80. Tapi pernah cecah 130/90 hahaha sbb time tuh tengah hari Cik berlari gi klinik hahahahaah.... memang carik penyakit lah chek darah time-time macam tuh kan.. Doktor pun geleng kepala.. Cik pun agak terkejut lah yerlah muda lagi time tu.. awal 20an takkan darah tinggi kot...Cik ni bukanlah kaki makan garam.. then next time chek normal balik.. Fuh legee...hik hik hik. Hmm.. memang rasa tak selesa.. apa cik ni tinggi sangat ker sampai darah tak cukup-cukup heheheh... Mungkin sebab diet cik ke cik jadi macam tu.. Yer cik tak nafikan since cik diet neh cik tak amik makanan seafood macam kerang.. dan cik kurang ambil garam.. sebab garam ni kan tak bagus untuk diet.. So searching tenet nak cari info pasal low blood pressure neh.. untuk dijadikan panduan...

Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai tekanan darah tinggi (hypertension).

Tekanan darah
optima : 130 / 80 mmHg. Ini nilai ukuran yang ideal dan sihat

Tekanan darah tinggi : Lebih daripada 130 / 85 mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180 / 110 mmHg. Kadar tekanan darah kita adalah terlalu tinggi.

Tekanan darah rendah: Kurang daripada 130 / 75 mmHg.

Tekanan darah rendah (hypotension) pula adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah kita yang sememangnya berbeza perlukan perhatian kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlit dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti: stroke, penyakit jantung, penyakit pada mata atau pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah.

Tanda-tanda awal pesakit darah rendah ialah seperti: cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, sukar untuk berkonsentrasi, mata berkunang-kunang, mual, kulit berasa dingin, pucat dan lembap; pernafasan cepat dan pendek, depresi serta cepat haus.

So.. Beware..............
^blink blink^

No comments: