Jangan terkejut dengan posting ini.. Cik bukan nak jadi besi lagi..
Hik hik hik posting jer gempak...
Lihat lah layout Cik Arin yang Pink Karer ini menandakan Cik Arin merupakan seorang wanita yang lemah lembut.. Sopan santun dan lagi Ayu... Maklumlah... Wanita melayu terakhir.. wakakakaka Opss....... Control Ayu Pliss Cik Arin... He he he..
Yes... Begitulah cara gelak sopan yer Cik Arin.. Cakap pasal.. Seayu-ayu (Tolong jangan muntah hijau Pliss..) Cik Arin neh.. Cukup huduh bila mai tang gelak tau... haihhh Cik tak tau macam ne nak kawal diri bila gelak..
Itulah yang kadang-kadangnya macam malu pun yer gak.. terbarai gelak macam puntianak maya karin.. he he he. Tapi itulah gelak natural and penuh keikhlasan Cik Arin.. Cik boleh jer gelak sampai tak berbunyi pun ada gak... Tapi gelak sinis lah.. he he he. Bila Cik gelak macam gitu gayanya bahaya tu sebenarnya.. Sebab Cik sinis orang.. Sebab Cik kadang-kadang malas nak komen sesuatu.. Jadi just gelak kuar angin jer.. Ngeee At least ada respon lah kan dari berdiam ekekekek......... Tapi nak wat macam ner.. kerana itulah Cik Arin.. Nak terima.. terima lah Fe el buruk Cik ni...
Semalam Cik bersembang panjang dengan seorang sahabat yang Cik hormati.. Banyaklah perkara yang terluah.. walaupun tak terluah semua sebenarnya.. Tapi cukuplah meringankan beban hati Cik lately ni.. Yap.. Selama Cik kenal dia memang Cik banyak habiskan masa dengan dia.. Dia seorang yang baik.. memahami Cik.. Dan banyak membimbing juga.. Cik banyak belajar tentang Human sense dari dia.. Lebih-lebih sejak Cik 'Single' and kehilangan arah sekejap. Dia yang mengajar Cik untuk menjadi seorang yang tabah, matang and berfikiran positif. Kalau dulu memang Cik mudah di buli.. Lurus bendul.. Sedikit bodoh.. Heheh bukan bodoh apa tau.. mudah diperbodohkan.. Sangat lembut hati... buktinya Cik sering diperbodohkan oleh seseorang yang sangat Cik 'sayang'.. Berkali-kali Cik terkena.. tapi tak serik-serik.. Masa tulah Cik Dipertemukan Allah dengan Sahabat Cik ini. Right Person And Right Timming.. Sehinggalah Cik jadi Cik Arin yang sekarang.. Taraaa hehehe... Tapi Cik tak tau sampai bila cik harus bergantung pada dia.. Sebab sekarang memang Cik ibaratkan dia sebagai 'tulang belakang' Cik. Well.. setiap orang ada kehidupannya sendiri kan.. Macam tu juga satu hari dia.. Itu memang hakikat kehidupan yang harus diterima oleh semua orang.. Lebih-lebih kalau hubungan Cik dengan dia Antara lelaki dan perempuan pasti mengundang pelbagai tanggapan bagi orang yang tak faham.
Lebih-lebih kalau dia sendiri andai mempunyai seseorang dalam kehidupan dia Cik percaya naluri wanita tidak dapat menerima seandainya kekasih atau suaminya mempunyai hubungan intim dengan wanita lain walaupun sekadar Sahabat rapat malah andai rakan sekerja sekalipun. Naluri Cemburu Wanita dan penuh prasangka tetap akan terdetik. Cik wanita.. Cik memahami.. Jadi dah sampai masa untuk Cik berdiri di atas kaki sendiri dan mencari tempat bergantung yang lain..
Semalam Sahabat Cik ada berpesan dengan Cik.. Yahh like owez.. hehehe.. Tak salah untuk menjadi orang yang pertama memohon maaf dan berbaik sesama manusia. Malah mendapat pahala... but u know that Sorry is a hardest word in my life my dear.. but im think first.. Tetapi ada satu persoalan yang Cik mengharap jawapan dari dia.. Bila Cik bertanyakan "Kalau kita dah cuba berbuat baik dengan semua orang termasuk dengan orang yang tak pernah menyukai kita..mungkin pada awalnya dia akan baik dengan kita walaupun dia tidak suka kita tetapi dia sentiasa nampak keburukkan kita sehingga kita melakukan kesalahan.. Pastinya yang buruk itu akan nampak dulu.. Jadi perluker kita terus untuk cuba berbaik dengan dia?"
Dan dia menjawab "Kalau dia tidak suka kita.. Tetapi dia cuba berbaik dengan kita hanya kerana nak mengambil tahu sesuatu atau mempunyai maksud sesuatu. Itu bermakna dia adalah manusia hipokrit. Kita tak perlu berbaik dengan orang yang macam ini.. Tetapi kalau dia tegur kita layan seperti biasa.. Jangan sampai tak bertegur.. tetapi kita jangan cari dia."
Your answer is perfect!! itulah yang Cik lakukan sedari dulu dan amalkan dalam hidup Cik.. Cik tahu siapa yang Suka Cik.. Ikhlas berkawan dengan Cik.. Dan Cik tahu siapa manusia Hipokrit dikalangan kenalan Cik. Siapa yang cuba untuk mengambil kesempatan.. Siapa yang mahu memijak.. Cik Arin tak pernah mencari musuh.. Tapi Cik mempunyai kawan rapat yang sangat terhad.. Dan Cik menghargai setiap kawan-kawan Cik. Cik berbuat baik dengan semua orang.. Sekiranya orang baik dengan Cik.. Sebab Orang tua Cik mengajar Cik dari kecil.. Biar orang buat kita dulu.. Tapi jangan kita buat orang.. Takut akan mati dan jangan sesekali memutuskan tali persaudaraan dikalangan orang Islam. Tapi kalau orang tak suka Cik.. Cik pun taknaklah nak tambah dosa dia kan dok 24 jam jer kang memaki hamun Cik dalam hati dia.. membuat luahan perasaan kan setiap orang jumpa untuk menambahkan pahala Cik Arin secara percuma heheheh. Baiklah dia buat amal jariah cara lain kan... Jadi baiklah Cik ni duduk jauh-jauh kat pelusuk penjuru tuh... Tak mau kacau siapa-siapa.. Tapi kalau orang-orang yang selama ni tak suka Cik nak datang tegur Cik sekali-sekali.. Insyallah Cik akan layan secara baik.. Macam yang Cik kata Cik tak pernah nak carik musuh dengan orang.. Kalau ada yang terbaca ni terasa muka tertampar Cik mohon maaf.. Sebab Cik hanya berceritakan tentang perjalanan kehidupan Cik pada blog peribadi Cik yang cik percaya ramai orang yang menghadapi situasi macam Cik. Jadi mungkin kalau u olz ada pengalaman jadi macam Cik ni.. boleh ikut Gaya Cik Arin memotivasikan diri hak hak hak..
Owh ye.. Cik rasa cik dah lama single.. (walau kat Tag tuh tunjuk baru 4 bulan tapi sebenarnya itu officialy jer.. hakikatnya dah setahun Cik Solo) Ingatkan hidup single ni aman.. Al-kisahnya tak aman juga.. Ngeeee... Sangat bosan.. bila tak ada orang caring kita.. tak ada orang yang nak bertanya dah mandi.. dah makan... dah solat... hak hak hak... (Sebenarnya ramai jer yang bertanya.. Cuma tak der feel... miahahaah) lagi tak ada orang yang nak kejutkan Cik tido.. hahahah... Jadi Cik rasa macam sedang ingin bercinta lah......... Wahhhh Mode Cik Yang Romantik Karatz sudah muncul..!!~ *blushing *blushing. Tapi tulah kan.. Cik ni jual mahal ke apa pun tak tau.. kadang tuh dah cuba.. tapi sampai separuh jalan Cik buat gila.. hahahah oppss... Cepat pulak lah rasa bosan.. Dah macam awan dania lah plak.. Maybe hati belum terbukak kot masa tuh.. kadang rasa macam nak picit-picit hati neh.. Geram.. Semua dia tak nak.. Memilih tul.. Entah macam mana entah selera dia.. Grrr.. Tapi bagus jugaklah dia memilih.. Datang kalau bapak punya buaya siapa mau... wahhh banyak pengalaman owhhh bercinta neh... hehehehe... Tapi kali ni memang cik memilih sikit.. tak sedar kediri tul Cik Arin neh kan.. Awak tu dah lah makin tua.. bukan makin muda. Hehehehe... alaaa rileks arr.. apa kisah.. dari dapat tak tentu hala ni karang... menyesal seumur hidup kang... Tapi betullah.. Cik takut nak bercinta arr kali neh.. tapi hati nak bercinta.. Ermm... So pagi ni Cik tekad.. Cuba untuk belajar menerima seseorang.. Target telah dikenal pasti.. Hahahahah... Eh Cik bukan nak main-main tau.. siyes neh... kalau orang neh okek.. kita go on jer lah hahahaha..Adoiii mencari cinta macam mencari anak ayam jer Cik ni............. Vroommmmmm!!~
^Sedang Ingin Bercinta^
1 comment:
^Sedang Ingin Bercinta^ <---< meh bercinta meh ayg...:d
Post a Comment