Rasanya belum lambat lagi kut cik nak ucapkan selamat hari raya kepada semua pendengar radio funker fm dan followers blog hikayat cik arin neh.. hehehe.. al maklumlah.. raya-raya neh memang lah musim busy body skit kan.. tahun neh cik tak sempat nak beraya mana-mana lagi.. Untuk pengetahuan semua raya pertama pun tak sempat nak pakai baju raya.. Huhuhuh..
Tapi cik suka lah tahun ni raya chik api and chik asid datang raya rumah cik kat penang.. Almaklumlah.. since dah tak ada kampung halaman neh raya memang tak berapa nak meriah.. rasanya dah dekat 4 tahun cik beraya di rumah sendiri dengan parent tanpa pulang ke Johor. Haiihh... suasan beraya di Johor adalah sangat heaven.. tapi nak buat macam ner.. Atuk cik dah pergi menghadap Ilahi awal.. (T_T). Teringat cik masa kecik-kecik dulu kalau pagi raya beraya dengan saudara-saudara ramai.. then pergi beraya satu kampung.. hehehe pendek kata kalau keluarga Wak Rahib beraya memang penatlah tuang rumah tuh.. sebab sampai 6 bijik kereta sekali datang.. (Dah macam rombongan meminang). Well semuanya tinggal kenangan..
Raya ke 3, Rumah cik buat open house raya and majlis pertunangan kakak cik. Fuhhh... ponat lahai... tapi cik suke... kat sini cik upload gambar-gambar masa majlis tuh . Wahh... memang best ler tengok ramai orang datang.. then yang cik suka tengok macam nak sambut menantu pun ada.. kekekek..biasalah cik neh memang suka tengok orang2 kawen neh... cantik gitu.
Ini Hantaran dari pihak perempuan untuk lelaki 11 Dulang tema biru

Mini Pelamin untuk sesi sarung cincin and bergambar

Tema Biru Pink menjadi pilihan
Mini Pelamin untuk sesi sarung cincin and bergambar
Tema Biru Pink menjadi pilihan
Ni semasa sesi bergambar selepas sarung cincin
So semuanya selesai sudah.. Kakak Cik pun dah selamat bertunang, tahun depan nikah lah.. Huhuhuh apa yang cik jangka terjadi juga baru seminit kakak cik bertunang dah ada soalan cepumas untuk cik.. "Yang ni bila pulak.. ?" "Lepas ni Yang ini Pulak lah ye?" dan lagi "Nanti kenduri Buat sekali lah dengan yang ini" Adoiii.. kakak cik neh baru bertunang bukan nyer bernikah.. awat lah depa pi tanya hat adik neh huhhuhuu. Sabaq na pakcik makcik ku sekalian.. kita pi pelan-pelan.. Bagi lah peluang cik ni pilih siapa yang cik berkenan di hati.. sama-samalah doakan calon yang terbaik untuk cik ek.. (^_~)v
^Cik memang ada yang berkenan di hati.. tapi cik tak tau lah dia tuh berkenan kat cik or tak vole?^
No comments:
Post a Comment