Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Thursday, September 23, 2010

Jalan-Jalan Carik Makan -Laksa Penang-

Ermm.. Cik tak kisah kalau ada di kalangan orang mengatakan laksa penang tuh busuk ker.. tak sedap ker.. Yang penting memang Feveret Cik.. Nyummm.. Heheheh... tapi sekarang cik dah kurang makan laksa kat kedai.. sekali - sekali jer cik makan dengan best preng cik.. Nana. Sebabnya laksa neh salah satu bahan wajib dia belacan. hehehe kalau kat kedai-kedai neh belacan dia tak bakar, so kalau cik makan belacan tak bakar neh mula lah lepas tuh tergaru-garu hidung tuh macam cik nyet. Laksa mama jer cik makan tak hingat dunia tak de apa.. sebab dia tak letak belacan.. tapi layan gak tak der belacan pun hehehe..Hehehe.. Well semalam petang Cik ajak si nana gi Gym.. Al maklumlah dah sebulan cik tak ke gym... Puasa lah kan.. So Ingat nak gi gym ler.. boleh tak kawan cik tuh reply mesej dia kata apa tau?

"Kalau kita tak pi gym kita pi makan laksa leh tak?"

Ngaaaaaa dia dah buat soalan cepu emas lah plak... aku neh dah ler pantang dengar laksa.. Grrrr.. so aku dengan konon2 nada menolak ler.. tapi padahal aku pun dah jadi liat dah nak gi gym tuh.. ekekek al maklumlah... Laksa.. mana tahannnnn hik hik hik.. So cik pun sepantas kilat kuar opis..

Sampai tengah jalan nana mesej cik..

"Alamak (Aku baca perkataan alamak neh aku dah lemah.. dia nak kata tak jadi pulak ker? Weii dah kecur air liur aku neh weii) Kereta abah guna lah.. meh amik aku naaaa"

Caitt nak suruh amik cakap jer lah.. opera tul hik hik hik
tapi tak kisahlah.. cik memang dah biasa dah.. tak jauh pun gerai laksa tuh dari rumah dia..
lepas ambik nana kami pergilah ker gerai laksa yang kami selalu makan tu.. Memang laksa pakcik tuh marveles lah.. gerai beca jer.. tapi laksa dia marii... memang dari dulu lah we all kalau nak makan laksa carik kat situ jer..

Cik neh jenis tak memilih kedai sangat makan.. janji tempat tuh sedap and bersih.. hehehe gerai beca pun belasah.. (So kalau nak dating dengan cik tak semestinya restoran 5 stars okek :p )
So Jum layan Picture


Laksa ni sepinggan RM2.50 Potong Cili Api and otak udang Pergggghh terangkat!!~



Dahh habis... Licinnnn ekekekek

^Erghhhh...Burppp!!~ Alhamdulillah.. (^_^)V!!~^

2 comments:

Cik NeyNa said...

huh..
camne nak kuruih..
orang suruh gi gym!!

Cik Arin said...

hang pi tanya nana.. aku tak bersalah... hik hik hik... eh tapi laksa x high kalori kan? kan? kan?