Dah lama Cik tak up date blog neh.. Naik bersawang dah.. fuhh fuhh fuhh..!!~ Uhuk uhuk uhuk..
Macam ni.. sebenarnya cik dah agak hilang sabar dengan seseorang ni.. Mungkin dia rasa dia tuh manusia ciptaan Allah paling sempurna dalam dunia sehinggakan dia rasa dia langsung tak pernah buat salah.. Sebab Cik kalau tengok FB dia.. macam jiwa kacau.. tak habis-habis dok kata orang ni salah.. orang ni tak betul.. orang tu itu.. tak pernah FB dia tuh punya status tak bukak aib orang.. Asal up status jer Aib kan orang asal buat status jer bukak aib org.. Kadang-kadang jadi kesian dengan orang macam ni.. Dan apa yang lebih membuat kan Cik kesian status-status dia tu memang syiok sendiri lah.. sebab kalau letak cermin depan muka dia.. memang akan terkena batang hidung dia sendiri.. Dia ingat orang ni semua macam dia kot.. kalau buat satu-satu kerja nak kena kecoh kat FB? Kadang-kadang tu malas nak cakap.. sebab kalau cakap bukan libatkan seorang.. tapi ramai orang yang Cik rasa tak patut nak libatkan.. Sebab Cik bukan macam dia suka malukan orang.. Kalau dia ialah.. Sebab nak tunjukkan dia manusia sempurna pada semua orang sanggup nak menghina orang.. Mungkin Ayah dia tak pernah tegur dia atau sayang nak 'tangan' dia kot yang menyebabkan dia melampau sangat sampai tahap tu. Cik bersyukur Alhamdulillah sebab dulu masa Cik kecik-kecik Arwah ayah Cik selalu marah cik.. pukul cik.. kalau Cik buat salah memang Cik akan di tegur sampai Cik rasa bosan sangat.. sebab kalau Ayah tak buat macam tu mungkin Cik jadi perangai macam dia jugak.. Tak sedar diri. Sekarang baru Cik sedar.. hasil didikan yang Ayah bagi tu menjadikan Cik manusia yang berfikir menggunakan akal dan menghormati perasaan orang lain. Cuma mungkin Cik kurang pandai berdikari sebab memang dari kecil Cik tak pernah jauh dari Ayah dan mama. Tapi sekurang-kurangnya Cik tahu nak menghormati maruah orang. Dan tak ceritakan keburukan keluarga sendiri pada semua orang lebih-lebih darah daging sendiri kepada orang luar. Kalau Cik ada masalah dengan sesiapa pun lebih baik berdiam diri. dan selesaikan tanpa pengetahuan orang luar lebih-lebih yang tak berkaitan.
Pernah satu hari Cik pergi rumah dia, tak pernah dia sambut dengan senyuman. Malah di marah-marah macam Cik menyusahkan dia. kita pergi rumah dia sebab kita tau mungkin kita boleh menumpang tidur sebab kita tiada urusan. Memandangkan kita tiada siapa di situ. Hanya pada dia yang Cik percaya. Kadang-kadang terasa kecik hati sangat, sebab kalau orang lain yang datang di sambut dengan kata-kata lembut. Tetapi bila Cik yang pergi di herdik di marah di hina dan macam-macam lagi.. Kalau Cik ambil barang di marah.. Cik duduk atas kerusi di marah.. Cik tak tutup pintu di marah.. dan macam-macam undang-undang dalam rumah dia yang cik kena patuh. Antara ayat-ayat yang Cik pernah terima dari dia "Kau datang jer habis barang-barang rumah aku rosak". "Datang rumah orang bukan tau nak kemas rumah aku". "Kalau datang rumah aku mesti makanan dalam peti ais rumah aku habis". Tapi Cik jadi hairan, bila dia ada agenda sendiri yang memerlukan Cik pergi dengan dia boleh pulak dia manis bahasa dengan Cik. Kadang-kadang terfikir juga dalam hati Cik.. Ayah dia terlupa kot nak didik dia macam mana layan tetamu kat rumah walaupun siapa tetamu tuh. Nasib baik Ayah Cik ajar cik macam mana nak hormati tetamu. Yang paling syok tuh dia kata Orang lain termasuk Cik ni tak hormat ibu bapa.. sebab cakap kasar.. Tapi cik pernah dengar masa mak dia kat rumah dia marah mak dia.. Sebab Kucing dia berak bersepah then Mak dia tak buang tahi tuh dia boleh cakap "Taik tuh bukan nak buang.." Wohooo... Cik cuma dengar jer lah.. sebab Cik tak sempurna.. nak tegur pun kadang-kadang Cik buat salah... baik diam.. kang dengan Cik sekali kena pulang paku buah keras.. Dia kata Cik tak hormat Mak Ayah Cik.. Sebab Cik tinggalkan mama Cik kat umah kakak Cik. Sedangkan Cik nak balik sangat-sangat. Cik pun hairan Cik tinggalkan Mama Cik tu tepi jalan ke yang dia nak marah sangat? Kalau dibandingkan yang Mak dia yang minta dia ambil adik dia untuk dibawa ke rumah bapa saudara dia kat seremban, sebab adik dia tak tahu jalan tapi nak ikut. Mak dia minta sangat dia pergi ambil adik dia.. tapi ada dia patuh permintaan ibu dia?? Alasan tak tahu jalan nak ambil adik dia.. padahal dulu masa dengan aku.. aku nak belanja dia makan boleh pulak dia merodok jalan tuh sebab Cik nak belanja dia makan punya pasal.. sedangkan tempat adik dia tu Area yang sama tempat Cik belanja dia makan dulu.. Hahah.. kelakar sangat... Are you perfect?? Kalau di rumah ni.. Mama Cik tak pernah masak.. kalau nak makan dia akan cakap kat Cik untuk masak.. Mama takkan masak.. Tapi mak kau jadi tukang masak untuk kau makan kalau pergi rumah kau.. kalau nak cakap pasal kau memang banyak lah.. Tapi Cik ni bukan jenis nak bukak Aib orang.. tapi kau tu tak sedar diri.. tak habis-habis kau bercakap tentang orang lebih-lebih pasal adik kau.. padahal kau kalau ada masalah adik kau tak pernah diam. walaupun adik kau tu tak senang.. tapi kalau orang pergunakan kau mesti dia bela..Lebih-lebih kalau bini pakcik kau tuh membuli kau Tapi bila kau kawin dapat laki senang macam-macam kau hina adik kau. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.. Adik kau tuh dah banyak kecik hati dengan kau.. kau buat dia macam orang bodoh.. kau malukan dia.. kau layan dia macam binatang.. bila kau senang.. Sedarlah diri sikit.. Allah tuh sayang Ayah kau.. Sebab tu dia ambil Ayah kau supaya tak nampak perangai kau macam mana layan adik kau bila kau dah senang.. Kau selalu kata Adik kau tak guna.. suka menyusahkan kau.. suka malukan kau... suka jatuhkan air muka kau.. Masa kau rosakkan barang-barang adik kau apa dia kata? masa kau rosakkan barang kawan adik kau mana dia letak muka dia? masa kau gaduh dengan kawan adik kau mana adik kau letak muka? masa kau tak ada tempat mengadu gaduh dengan bf kau dulu siapa yang kau jadikan tempat cerita? Sekarang apa yang kau tak kata kat adik kau? kalau Cik jadi adik kau... Cik rasa cukuplah kau dah ada dunia kau sendiri.. kau dah ada keluarga.. kau pergilah bahagia dengan kehidupan kau.. Asalkan kau jangan kacau aku lagi.. Kau jangan sebut nama aku lagi.. Sebab kau terlampau SEMPURNA tak ada dosa.. Sebab tu kawan-kawan kau semua suka kau.. Itu kalau Cik lah jadi adik kau.. Lagipun orang perempuan ni bila dah kawen kan hanya perlu layan suami dia jer.. yang lain-lain tak penting.. Cukuplah kita jadi sebagai saudara Islam jer.. sebab memutuskan silaturahim tu tak bagus di sisi Islam.. Cuma eloklah jangan kita tambah dosa sudah... Dari kau tu dok tambah dosa mengutuk mengaibkan orang kat FB kau tu.. dah kurang seorang dah bahan dosa kau.. Cik kesian dekat anak dalam perut kau tuh.. Sebab Mak dia mengandung bukan di hiasi dengan Zikir2 pada Allah.. tapi penuh dengan hinaan pada orang.. Mudah2an Allah ampunkan dosa-dosa Cik dan Kau.. Nasihat Cik letakkan cermin tuh kat depan PC tu.. supaya setiap kali kau nak up status kat FB. Kau tengok.. ada terkena tak perkara tu kat batang hidung kau?
Pages
PENAJA
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment