Ramai yang kata.. "Arin ni tabahlah...". Cik hanya senyum jer bila mereka mengatakan begitu.
Namun air yang tenang jangan disangka tidak bergelora.. Kerana "Gelora laut dalam" kadang-kadang boleh mengkaramkan kapal selam..
Selagi nama wanita bengkok nya tetaplah bengkok.. bagaimana mampu meluruskan besi.. Kalau tidak Hawa tidak akan terpedaya dengan godaan syaitan untuk memujuk suaminya memakan buah terlarang.. Hehe.. apalah yang Cik merapek ni..
Cik pernah rasa situasi yang sama sedang berlaku dalam diri cik sekarang.. Situasi nya sama dengan yang lalu.. Saat ketika Cik bersama S***, Dua tahun yang lepas. Peristiwa ini bagaikan mengingatkan kembali rasanya yang Cik dah hampir lupa.. Cuma kali ni Cik telah terbiasa dengan situasi tersebut maka Cik tempuhi juga dengan penuh kesabaran.. Hari ini Cik nak berterima kasih pada S*** kerana dia pernah lakukan begini suatu ketika dulu pada Cik sehingga Hati Cik Imune dengan situasi ini. Kalau dulu Cik hampir hilang pedoman.. Hehe.. Namun setelah Cik ikuti satu kuliah pengajian agama yang telah mengajar Cik tentang mencintai Allah lebih dari segala-galanya. Cik mendapat kesedaran dan hidup menjadi kembali tenang..
Kehidupan bersendiri mengajar Cik erti ketenangan walaupun terasa sunyi. Cik ingin berteman tetapi hati tidak pernah terbuka untuk mana2 lelaki.. Hubungan 5 tahun manakan boleh lupa dalam masa 3 bulan.. Susah payah di harungi bersama.. sedih ketawa.. Setahun lebih juga cik dalam keadaan macam tu.. Perasaan untuk bercinta bagaikan tiada.. Tetapi Cik terasa sangat sunyi.. dan menjadi mangsa tuduhan pelbagai pihak yang mengatakan ingin merampas kekasih mereka semua telah Cik lalui.. Hidup sebagai seorang yang tidak mempunyai kekasih memang macam tu.. Cik belajar untuk menerima seorang demi seorang tapi masih tak mampu.. Entah apa yang Cik cari.. Sehingga sampai S*** datang kembali. Tetapi hati telah berjanji untuk tidak menzalimi diri Cik lagi. Kerana Cik tahu peristiwa yang sama mungkin berulang. Baru Cik sedar. Rupanya S*** menghargai Cik.. Tapi kenapa setelah hati Cik dilukai dengan begitu teruk sekali? Sehinggakan dia yang egonya tinggi mencecah langit sendiri begitu merendahkan diri mengaku "Arin memang seorang yang baik.. Sabar dengan sikap and perangai S***. S*** rasa memang tak patut buat macam tu". Dia ada beri lagu Search "Andaiku milikki semalam". Apa yang Cik boleh kata.. Cik dah janji pada diri sendiri.. untuk tak kembali pada dia lagi biar apa jadi sekalipun. Walaupun keadaan Cik masa tu betul-betul perlukan seorang 'teman'.
Malah Cik dah berjanji dengan diri sendiri sekiranya Allah mengurniakan Cik seseorang kali ini.. Cik akan cuba untuk menjaga hatinya.. dan Niat Cik hanya satu.. Berkawan untuk Bernikah. Ternyata Allah memakbulkan permintaan Cik dengan membuka pintu hati Cik untuk mengenali sesorang. Cik harap dia adalah lelaki yang tepat.. Calon yang Allah ciptakan untuk Cik.. Hari demi hari cik cuba untuk memahami dia.. mengenali hati budi dia.. menyayangi dia.. Cik akui banyak dugaan yang kadang-kadang menguji hati wanita Cik. Namun hasil dari pengalaman yang lepas kehilangan orang yang dicintai bukanlah sesuatu yang membanggakan.. Cik cuba untuk bersabar.. Namun rasanya dugaan yang sama datang melanda.. Rasanya hanya Allah yang mengetahui.. Apalah daya lagi kalau kali ni juga mengalami nasib yang sama.. Cik tak mahu berjanji ini adalah percintaan yang terakhir.. kerana pada Cik itu adalah perjanjian orang MUNAFIK. Apa yang cik boleh cakap.. Cik Redha dengan ketentuan Tuhan. Kerana rasanya Cik dah buat sehabis daya yang Cik mampu.. Cik dah tak mampu untuk buat lebih dari itu.. Cik hanya serahkan keseluruhanya kepada yang maha kuasa.. Pemilik Cinta.. Hanya dia yang berhak ke atasnya.. Namun Cik mohon.. Dia gantikan cik dengan kekuatan hati.. Cik berbalik kepada pegangan Cik.. "Jika mencintai seseorang.. Kita harus beri dia kebebasan.. Kita perlu lepaskan dia.. Kerana mungkin bersama kita dia tak bahagia.. Sekiranya takdir Allah mengatakan bahawa dia milik kita.. Dia pasti akan kembali". Tak perlu kita bersusah payah untuk menghalang.. merayu.. membenci.. memarahi dia.. kerana bukan salah dia kalau Jodoh kita bukan dengan dia.. Sakit hati? takkan kita nak sakit hati dengan Tuhan kan? Apa yang perlu minta saja penawar dari dia..
Sebenarnya bukan mudah untuk meletakkan diri sentiasa dalam keadaan positif.. Namun Cik selalu menasihati orang lain untuk berfikiran positif kenapa tidak Cik nasihatkan diri sendiri? Kerana Cik percaya KESABARAN menjanjikan sesuatu yang indah.. Mungkin ada kebaikkan nya semua ini berlaku.. dan Cik nampak hikmahnya..
Seandai ianya setakat ini sahaja.. Cik masih lagi bersyukur dengan Allah.. Kerana dia sekali lagi memberi Cik peluang untuk merasai nikmatnya bercinta.. Dan lagi dia memberi peluang lagi untuk Cik untuk mengenali seorang lagi jenis manusia. Kerana manusia ni mempunyai pelbagai ragam. Lagi ramai kita bertemu manusia.. Macam-macam sikap kita boleh pelajari sehinggakan kita mampu membaca sikap manusia.. Apa kelakuanya.. Apa perbuatanya.. kita bukan tuhan untuk mengetahui hati manusia.. Tapi kita mempelajari dari pengalaman tentang sikap manusia.. Bukan kah itu satu hikmah? Bukan mudah untuk kita mengenali seseorang manusia sehinggakan kita menjadi kekasih dia.. Sehinggakan kadang-kadang ibubapa sendiri pun tidak mengenali anak.. Itulah yang dinamakan hikmah..
Jadi Kita tidak perlu terlalu meratap dengan sesuatu kejadian.. Sedih? Nangis sahaja bila kita mahu,, Rasa tersiksa? Luahkan sahaja apa yang perlu.. Kemudian balik ke kehidupan normal kita.. Hidup ini sangat singkat.. Kita tidak berpeluang untuk merasainya lagi kalau kita tidak menikmatinya sekarang.. Belum tahu lagi apakah kita mampu tersenyum lagi selepas kematian.. Jadi Hadapi dengan senyuman.. (^_^)v!!~
Pages
PENAJA
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment