Sorry lah.. lately neh cik Arin mood agak sikit sikit jiwang ar... maklumlah dalam hati taman sedang berbunga... So posting pun ala-ala dalam taman gitu kan.. tinggal letak kupu-kupu jer hak hak hak.... So kalau u all tak nak baca posting jiwa karat Cik pun cik tak kecik hati... Sebab nanti kalau korang baca korang menyampah... Cik tak bertanggung jawab ek...
Yahh... bila mode romantik berkarat melanda memang susahlah mau cakap.. Ouchh.. kadang-kadang bila duduk sensorang pun boleh tersenyum haaaaa kalau kes macam ni kira dah parah dah neh... tinggal nasib mandi masih basah.. Alhamdulillah.. kalau idak tak dapek nak nolong ha..
So dia jadi rajin membaca... lebih-lebih bab cintan mencintun lah kan.... jadi jalan punya jalan..punya jalan.. punya jalan... Cik jumpa satu Artikel.. Ayat tak leh belah... iaitu "22 Ciri Orang Mencintai Kamu". Haaaaa so Cik Arin pun macam berminatlah nak membacanya.. kalau bab skolah.. jenuh kena paksa membaca ek Cik Arin. Bukan apa.. nak taulah.. ada tak Encik Cinta Hati buat macam ciri-ciri yang di sebut tu.. hahahaha tidak lah meraguinya dia kan.. tapi saja... heheheh Gateii hahahahah... korang pun boleh baca jugak kalau berminatlah kan nak tau... orang yang kamu cinta tu.. ada tak layan kamu macam ni? kalau ada.. haaaa kalau ada haaaa konpem.. dia cinta kamu juga lah... jom kita baca sama-sama tengok. Yang mana Cik highligt merah tu.. tandanya Encik Cinta Hati Pass lah Bab2 tu Ek.. Heheheheh.. :-
1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya. (Pernah gak lah Cik tanya.. Jawapan dia "Gerak hati dia kata suka kat Cik" Redha jer lah kan..kan..kan..)
2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya. (Ini masing single masa tu.. so tak der...)
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk. (Ini? Hahahahah dia jerlah yang tahu macam mana melayan Cik arin nak menguruskan badan sampai dia cakap "Udah-udah lah diet tu Cinta..Abang terima seadanya" last-last dengan dia-dia sekali ikut Cik berpuasa Hahahahahhaah Ai laikkk)
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu. ( Neh.. betul... Tak di nafikan... semua dia nak tau..heheheh..)
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya. (Ini pun pass.. tak pernah miss walaupun sehari.. sebelum pukul 8 pagi dah dapat sms dari dia...melainkan credit dia tinggal 'Zero' tapi still inbox kat FB Cik Arin)
6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan. (Ini belum sampai lagi.. kita tunggu bulan 9 nanti macam mana ek...)
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya. (Ini.. Hehehe.. Ada.)
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya. (Wohh sangat ada... Kadang-kadang dia boleh cakap satu-satu balik apa yang cik cakap.. lebih-lebih time Cik On Air kongsi tips and time tu dia tengah dengar dalam senyap.. Adeiii.. memang Cik dah tak masuk dalam kepala dah.. He can take as a note in his mind.. hebatlah kamu Encik Cinta Hati.. Minda sangat tajam.. huhuhuh)
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.(Yeahh.. tak mau cakap hal ini.. Biarlah rahsia nanti kantoi hahahah)
10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu. (Ini belum ada lagi lah... tetapi bila cik cakap cik tak sihat.. dia selalu tanya lah.. kadang call.. kadang sms.. :-) )
11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu. (Ada dia buat.. Siap bagi doa suruh baca lagi.. heheheh.. Lagipun dia selalu sokong setiap apa yang cik buat.. bukan takat sokong.. malah kadang tu dah macam kerja dia pulak.. :p )
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia. (Ini mungkin terlalu awal... belum buat lagi..)
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya. (Tak perasan lah yang ini... Encik Cinta Hati. Awak ada perasan hal ini? )
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu. (Ini tak sure.. Tapi kalau tanya Cik Arin... Cik Arin kalau boleh nak dia ada sini heheheheh...)
15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu. (Owhh... ini tidak terjadi dalam hidup.. dan harap pun takkan terjadi dalam hidup dia di masa akan datang.. tak mau pindah jauh2 (T_T) )
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. (Tak perasanlah.. sebab tak pernah samakan sedara dengan kekasih.. kekasih adalah makhluk berbeza dari sedara.. sekian terima kasih)
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu. (Pelik lah juga.. duk tak diam.. tiba-tiba jer antar sms "mizz u cinta" "lebiu cinta" hahahaha... but ai like.. buat selalu..heheheh)
18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi. (Bab ni? Ermmm... kadang-kadang sampai kena cakap kat dia.. tak perlu minta maaf.. tak buat silap pun... berkali-kali minta maaf.. his so humbble :-) but honestly i like the way when he said "Abang minta maaf tau cinta". )
19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia! (Dia bersedia untuk mengajar Cik Arin main guitar. Dia tau Cik minat.. Give tips.. tak sabar nak berguru dengan dia.. Im lucky.. Coz he is musician. Mempunyai minat yang sama.. Hope dia akan bersabar bila mengajar Cik main Guitar nanti yer.. )
20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu. (Ermm tak pernah tengok henpon dia.. dan mungkin tak berminat nak tengok.. Just nak tengok apa dia letak nama kita dalam phonebook dia heheheheh. )
21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya. (Sometimes.. masa Cik merajuk.. memang dia bawak diri lah.. duk senyap.. heheheh.. tapi bila Cik dah ok.. Dia tak pernah berdendam cepat-cepat dia reply mesej dari Cik)
22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya... dia tetap akan menunggumu. (Cik percaya hal ni. dapat rasa and nampak apa yang dia lakukan.. dari layanang baik dia..)
So.. kesimpulanya.. Cik percaya dia memang sayang kat Cik.. Jadi rasa takkan sia-sia menyayangi Encik Cinta Hati :-) Dia memang layak untuk di cintai.. rasanya kalau Cik tolak dia banyak lagi yang mengharap dia.. So I not Allow this happen :-p Melainkanlah Allah mengatakan hal yang lain.. Itu di luar kekuasaan Cik Arin and Encik Cinta Hati lah kan... Walaupun kalau boleh kami tak naklah terjadi benda yang tidak elok.. Mudah-mudahan aman jer lah hubungan ni Insyallah...Walaupun dia tidak sekaya Seth Tan dalam Cerita Nora Elena yang mampu bagi bunga tiap-tiap hari kat Cik Arin... Tetapi dia mampu memberi senyuman kat bibir cik Arin pun dah memadai (Sejujur hati.. Cik sendiri rasa nak muntah dengan Ayat Cik yang ini huhuhuhu) At least dia leh terima Cik seadanya dan memahami dan membimbing Cik jadi wanita yang baik dah ok .. (Okek ayat neh better)
So u all...Adakah Si Dia Yang anda Cinta Mempunyai Ciri-Ciri Di atas? Sekiranya Ada.. Bersyukurlah... Dia Anugerah Terindah Untuk Anda.. Cintai Lah Dia Setulus Hati.. Jangan Sakiti Hati Dia... Kerana tidak mungkin Anda akan bertemu lagi orang yang mampu memberi cinta sebaik itu.. Sekiranya tiada.. Lupakanlah dia... Dia bukan Untuk Anda.. Ada Insan lain yang sedang menanti kasih sayang anda dan memberi sepenuh kasih sayangnya kepada anda.. Jangan pernah Letih untuk mencari Cinta Sejati.. Kesabaran Yang Tinggi Amat Di tuntut sebelum mendapat Sesuatu Yang Terbaik... ♥
^I Love Him^

No comments:
Post a Comment