Pages

PENAJA

♥ Sweet September ♥
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Friday, June 10, 2011

Setiap Orang Telah Di Tetapkan Jodoh nya.. ♥

Petang yang sangat membosankan.. Maka jalan-jalan surfing-surfing internet.. Terpaku dekat satu topik tentang "Jodoh Kita Di Akhirat". Macam menarik jer topik tu.. So Cik Arin pun bacalah... Jom kita pakat baca sama-sama..

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
"wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia."

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
"Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga"

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga
"Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga."

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
"Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga"

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya
"Wanita ini akan kekal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga"

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya
"Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir".

Setelah baca macam terfikirlah.. Kadang-kadang kan ada dikalangan kita ni suka keluar ayat
"Eh janganlah mati dulu... Aku belum kawin lagi.." Heheheh.. Cik Arin pun kadang guna gak ayat tuh heheheh... Kadang-kadang kita macam terlupa dengan ayat "Setiap manusia diciptakan berpasangan.. segalanya telah ditetapkan.." Jadi betullah kalau tak bertemu di dunia ni.. akan bertemu juga di sana. Heheheheh... Tetapi bersyaratlah.. Huhuhuhu..

Dan selalu gak lah kita dengar "Sampai syurga" "Nantikan ku di pintu syurga" dalam lagu-lagu orang melayu kita ni.. Memang betulah kan.. Insyallah dipertemukan kembali di sana.. tapi pastikanlah awak tu terpilih jadi ahli syurga.. hehehehehe... tak der maknanya takat melalak nyanyi lagu tunggu sampai pintu syurga leh masuk syurga.. huhuhuh...

Hehehehe.. dah lah tak nak komen banyak-banyak lah pasal ni... Sebab susahlah mau cakap hal ni... Tapi tertarik kat ayat yang "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir". Ermm.. kalaulah suami dia meninggal dulu dan dia tak der pilihan kena menikah lain.. sedangkan dia cintakan suami dia yang dulu.. pasti tak bertemu kan... Sedihnya.. (Ohh.. Cik Arin Why u always make life so complicated? dah pergi balik!!~)

^Sampai Syurga ek...^

No comments: