Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Thursday, October 28, 2010

Mee Sanggul Goreng!!~

Semalan cik rasa teringin nak memasak.. Hehehe boleh tak? Mula-mula plan nak buat spaghetti goreng.. tapi tengok kat kedai tu tak der yang jual spagetti.. Lepas cik terngiang-ngiang dalam kepala otak.. ermmm.... nak goreng kue teow macam tak besh.. lepas tu terpandang mee sanggul.. Ermm.. lama gak tak makan mee sanggul.. So beli lah mee sanggul.. Jadi petang semalam Cik Goreng lah mee sanggul.. Nak share resepi Mee Sanggul Goreng cik? Tengok bawah ni :-

Mee Sanggul Goreng



Sorrylah ek kawan-kawan Pic aci belasah jer.. Anggap jer Senduk tu perhiasan okek Aaahakkkzz!!~

Bahan - bahan :-

1 bungkus Mee Sanggul (Pastikan ada cop halal)
1 biji Bawang Besar (Di tumbuk)
3 Ulas Bawang putih (nak lebih ikut suka u olz.. Risiko bau badan tanggung sendiri. ditumbuk)
1/2 cili giling (beli yang dalam bekas kecik.. kalau rajin nak giling sendiri silakan.. nak pedas letak je semua)
2 camca sos tomato (Jangan banyak-banyak nanti masam)
3 Biji telur ayam
1 pokok sawi dan 1 biji buah tomato (Kalau ada sayur lain u olz nak letak tak der halangan.. Cik semalam tengok kedai tuh dah tak der sayur.. ada pun sawi.. tu pun banyak yang dah layu.. nak letak kobis mama cik tak makan kobis..)
10 biji meat ball (Ayam belah 2), 10 biji Fish ball (belah 2 juga) (Kalau u olz nak letak sotong udang itik angsa pun letaklah.. cik semalam balik kerja dah petang.. nak letak barang-barang tu semua macam dah tak sempat lak kan... nanti maghrib lak (Bukan ko maleshh ker??) Ehh shut up huh!!~)
1/2 kiub Stok ayam, garam n gula secukup rasa.
Sebekum cik lupa... Minyak masak and kuali Ngee...

Sekarang mari kita memasak!!~

  1. Mula-mula, panaskan kuali dan minyak masak (Minyak tu agak-agak ek.. jangan tuang macam nak buat mandi atau pun terlampau sikit nanti kering sangat pulak)
  2. Kemudian tumiskan bawang putih,bawang besar, dan cili giling. (Tumis sampai hilang bau maung cili tuh.. Ini petua mama cik bagi.. tumisan itulah penentu makanan tu sedap or tak.. sebab kalau cili or bawang tuh tak betul-betul masak akan effect rasa makanan tuh.. haaa itulah rahsia dia.. kenapa makanan u olz sedap or tidak)
  3. Kemudian curah sikit air (Sikit jer tau jangan sampai jadi kolam lak) untuk tak nak bagi tumisan tadi kering atau Rentung (Heheheh marah orang neh karang..Tak per.. dia tak baca blog cik miahahah). Dan masukkan sos tomato tadi beserta stok ayam dan biarkan mendidih air tadi. (Cik suka letak bahan-bahan perasa masa ni sebab nak bagi dia sebati dengan tumisan tu sebelum masukkan bahan-bahan lain).
  4. Setelah tu barulah masukkan meat ball ker..daging ker.. udang ker.. unta.. itik..angsa bagai.. masa ni lah dimasukkan bahan-bahan mentah tadi.. kalau ada daging yang lambat masak tambah lagi air biar dia rebus bahan-bahan ni tadi sampai air tuh kering sikit..
  5. Dan barulah masukkan Mee sanggul (Opsss nasib baik cik teringat.. U olz kena rendam dulu tau mee sanggul tadi dengan air panas sampai lembut then tos kan.. Rendam jangan lama-lama sangat.. agak-agak dia kembang kan.. nanti masa goreng tu ada lagi baki air rebusan tadi dia akan meresap lagi dalam mee u olz tu.. kang kembang semangkuk pulak mee tu.. dah Fail!!~)
  6. Kecilkan api, dan gaul rata mee tadi supaya semua mee tadi kena perencah dia. (Cik suka kecilkan api time neh sebab cik tak suka nanti dia kering and melekat kat kuali.. maklumlah.. Cik neh kan rajin basuh kuali aaahaakkkzz!!~)
  7. Bila dah gaul rata tadi buat kolam kat tengah-tengah kuali tadi...letakkan minyak sikit.. kemudian pecahkan telur kat tengah-tengah tadi kacau-kacau then tengok telur tu dah start membeku.. gaulkan semula mee tadi...biar semua terkena telur tu..dan besarkan api semula..dan terus masukkan sayur kacau sampai sayur tu layu.
  8. Dah siap dan boleh dihidangkan..!!~
Oritee siaplah mee sanggul cik.. Hehehehe.. sebijik macam mee goreng mama.. nyum nyum.. Apa lagi amiklah pinggan and makan sambil tonton cerita Cinta di tv 3 hek hek hek...

Owh yah..hidangan neh... Untuk 3 orang makan... So pandai-pandai bajet (^_^)V!!~

^Resepi Anak Dara Yang Bekerjaya^


2 comments:

4feet8 said...

mee sanggul tu, nama kedainya apa eh..? hehe

Cik Arin said...

nanie..nama kedai dia mee sanggul.. jual selalu dalam peket kering... setengah dia bentuk bulat2 macam sanggul..